Sekali lalu, karikatur di atas difahami seakan-akan menghina sabitan syarat '4 orang saksi' dalam masalah hudud. Seolahnya hukum manusia itu lebih logik daripada hukum Allah apabila dibuat bandingan. Itulah 'pengajaran' yang dibimbangi akan difahami oleh orang-orang jahil apabila membaca karikatur di atas. Bagi orang yang berilmu, insyaAllah dia faham, yang menulis karikatur ini sendiri jahil dan tak faham bila waktunya '4 orang saksi' itu digunakan. Apapun penulis membantah karikatur di atas, malah akhbar yang menyiarkannya perlu diTA'DIBkan supaya memahami terlebih dahulu hukum-hakam Islam sebelum ingin mengulas mengenai Islam sehingga kesannya memburuk-burukkan agama Islam di mata bukan Islam. Harap Utusan Malaysia rujuk Garis Panduan Jakim di bawah...
Jumaat, 17 Jun 2011
Selasa, 14 Jun 2011
Hati-hati dengan karpet sejadah tertentu
Label:
Bid'ah dan Khurafat
Gambar Hiasan
Sudah menjadi trend pada hari ini, sesetengah surau dan masjid menyediakan karpet sejadah yang beraneka corak dan warna. Cumanya timbul kebimbangan corak-corak karpet sejadah tertentu seperti yang berpetak gerbang masjid. Perkara ini dibimbangi kerana menyebabkan segelintir jemaah menganggap bahawa setiap petak untuk setiap seorang (lihat seperti gambar di atas). Hal ini sudah tentu bertentangan dengan hadith-hadith Baginda SAW yang mengarahkan kita melurus dan merapatkan saf-saf solat. Antaranya seperti hadith-hadith berikut :
وعن أنس قال: (كان رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم يقبل علينا وجهه قبل أن يكبر فيقول: تراصوا واعتدلوا). متفق عليهما
Daripada Anas, ia berkata: Rasulullah SAW biasa menghadapkan wajahnya kepada kami, sebelum ia bertakbir, lalu bersabda : “Rapatkanlah dan luruskanlah”. (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
ولأحمد وأبي داود في رواية قال: (فرأيت الرجل يلزق كعبه بكعب صاحبه وركبته بركبته ومنكبه بمنكبه).
Dan bagi Ahmad dan Abu Dawud, dalam satu riwayat – dikatakan – (An-Nu’man bin Basyier) berkata: Lalu aku melihat orang-orang itu menyentuhkan mata kakinya pada mata kaki kawannya, dan lututnya pada lutut kawannya, serta bahunya pada bahu kawannya”.
وعن أبي أمامة قال: (قال رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم: سووا صفوفكم وحاذوا بين مناكبكم ولينوا في أيدي إخوانكم وسدوا الخلل فإن الشيطان يدخل فيما بينكم بمنزلة الحذف يعني أولاد الضأن الصغار). رواه أحمد.
Dan daripada Abu Umamah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Luruskanlah saf-saf kamu, dan jajarkanlah antara bahu-bahu kamu, dan berlemah-lembutlah dalam (menyentuh) tangan-tangan saudara kamu,dan tutuplah celah-celah, kerana sesungguhnya syaitan akan masuk dalam (celah-celah) di antara kamu itu bagaikan anak kambing. Yakni, anak-anak kambing yang masih kecil”. (HR Ahmad).
وعن جابر بن سمرة قال: (خرج علينا رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم فقال: ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها فقلنا: يا رسول اللَّه كيف تصف الملائكة عند ربها قال: يتمون الصف الأول ويتراصون في الصف). رواه الجماعة إلا البخاري والترمذي.
Dan daripada Jabir bin Samurah, ia berkata: Rasulullah SAW pernah keluar kepada kami, lalu bersabda: “Apakah kamu tidak berbaris seperti barisnya Malaikat di hadapan Tuhannya?” Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana barisnya Malaikat di hadapan Tuhannya itu? Ia menjawab:”Iaitu mereka menyempurnakan saf pertama, dan mereka berbaris dengan rapat dalam saf itu.” (HR Jamaah, kecuali Bukhari dan al-Tirmizi)
Karpet begini lebih baik, ringkas dan tidak merosakkan saf
Oleh itu, penulis cadangkan supaya pihak berkuasa agama atau para mufti menasihatkan pihak surau atau masjid berhati-hati dalam menyediakan karpet sejadah yang beraneka corak dan bentuk. Malah terdapat dalam keadaan tertentu, sejadah berasingan pula dihamparkan di atas karpet sedia ada untuk tujuan 'reserved'. Apa yang dibimbangi penulis, perkara-perkara seperti ini akhirnya mencetuskan "bid'ah" di dalam pembentukan saf solat. Kadang-kadang timbul juga persoalan, siapa yang reka karpet sebegini? Ada agendakah di sebaliknya?
Wallahu a'lam.
Jumaat, 10 Jun 2011
Hapuskan bid'ah hingga ke akar umbi
Label:
Bid'ah dan Khurafat
Penulis hairan mengapa setiap kali kumpulan ini mengeluarkan kenyataan atau melancarkan kelab tertentu seperti Kelab Taat Suami dan sebelumnya Kelab Poligami Ikhwan, para pendakwah, cendekiawan dan tokoh itu dan ini sibuk memberikan komentar. Penulis tegaskan ini bukan cara yang betul dalam kita berhadapan dengan kumpulan bid'ah seperti bekas pengikut al-Arqam. Semua sedia maklum bahkan telah banyak kali Jakim membuat kenyataan bahawa antara ajaran sesat tegar yang masih aktif adalah bekas pengikut al-Arqam yang ketika ini berselindung di sebalik nama syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB). Bahkan dalam mesyuarat terkini Jawatankuasa Pemandu Membanteras Ajaran Sesat Kebangsaan (JAPAS) yang dihadiri pengarah-pengarah jabatan agama negeri seluruh Malaysia sepakat mengatakan bekas pengikut al-Arqam masih aktif dan sekarang ini diterajui oleh isteri arwah Asaari Muhammad, Ummu Jah.
Bagi penulis, cara yang betul adalah kumpulan bid'ah dan sesat seperti ini mesti dibanteras hingga ke akar umbi. Apa jua unsur-unsur yang menjadi kekuatan pergerakan mereka perlu dilumpuhkan sama sekali. Dalam al-Arqam, yang kemudiannya menjadi Syarikat Rufaqa' dan kemudiannya GISB, dua senjata utama mereka adalah perkahwinan dan ekonomi. Dengan perkahwinan ia berjaya mengikat ahli-ahli mereka daripada keluar dan meneruskan kelangsungan pergerakan ini dari satu generasi ke satu generasi. Kedua, kegiatan ekonomi yang bertujuan meneruskan kehidupan dalam kelompok mereka. Kedua-dua instrumen ini dieksplotasikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi bekas al-Arqam untuk terus bertakhta dengan memerah keringat pengikut-pengikut bawahan mereka. Lihat sahaja, Ummu Jah yang ketika ini sedang enak beradu di mahligainya di Arab Saudi sambil memberi arahan jarak jauh. Siapa lagi yang menyalurkan dana kalau bukan para pengikutnya yang bekerja siang dan malam?
Kenyataan terbaru GISB yang mengatakan isteri ibarat pelacur kelas pertama, jelas menunjukkan betapa ghairahnya eksploitasi wanita sebagai simbol seks dalam pertubuhan ini. Malah penulis sendiri pernah mengadakan tinjauan ke markaz utama mereka di Bandar Country Homes, Rawang dan mendapati ramai wanita berdahi licin yang 'amat' muda remaja telah disunting oleh lelaki-lelaki mereka yang tidak diketahui entah isteri nombor ke berapa. Hingga kadang-kadang penulis menjadi 'confuse' adakah wanita ini sedang mendukung adiknya atau anaknya? Bila ditanya, oh…anaknya rupa-rupanya. Tercetus pula di fikiran penulis, berdaftarkah perkahwinan mereka ini? Wallahu a'lam.
Dalam hal ini penulis tegaskan, kumpulan bid'ah seperti ini perlu dihapuskan hingga ke akar umbi. Seperti kata Imam al-Ghazali di dalam Ihya', segala pintu bid'ah wajib disekat dan wajib mengingkari kumpulan bid'ah tersebut walaupun mereka menyangka mereka di pihak yang benar. Malah Imam Ibn al-Qayyim menegaskan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah, hisbah ke atas kumpulan bid'ah lebih utama dan penting berbanding semua kemungkaran-kemungkaran yang lain. Oleh itu, jika kita mahu kumpulan ini benar-benar lenyap, penulis syorkan supaya pendaftaran syarikat kumpulan ini dibatalkan dan diharamkan menjalankan apa-apa kegiatan ekonomi. Kedua, semua perkahwinan kumpulan ini yang diadakan secara poligami perlu disiasat untuk dinilai kesahihannya. Ketiga, pihak berkuasa perlu menyiasat status kanak-kanak mereka yang kelihatannya ramai berkeliaran pada waktu-waktu persekolahan di markaz-markaz mereka.
Hakikatnya, membanteras ajaran sesat hanya akan berjaya jika semua agensi kerajaan sama ada yang berlabel agama atau tidak serta masyarakat awam memberikan kerjasama penuh. Jika jabatan agama sahaja bertindak tetapi pihak yang mendaftarkan syarikat tidak, maka tiada gunanya. Begitu juga jika jabatan agama bertindak tetapi masyarakat masih simpati dan melanggan di kedai-kedai mereka, bermakna usaha untuk membanteras hanya akan jadi sia-sia. Lebih sedih lagi, jika setiap kali kumpulan ini memanggil wartawan untuk buat pelancaran itu dan ini, maka sibuklah akhbar-akhbar melaporkan kenyataan mereka, maka jadilah usaha membanteras ajaran sesat sesuatu yang sia-sia dan mustahil berlaku. Alangkah indah jika 'siyasah syar'iyyah' benar-benar dilaksanakan sepenuhnya, ketika itu semua kementerian adalah kementerian agama dan semua jabatan adalah jabatan agama…Wallahu a'lam.
Ahad, 5 Jun 2011
Jakim, teguhkan pendirian!
Label:
Irsyad-Nasihat
Suatu ketika dalam era kepimpinan Dato' Wan sebagai Ketua Pengarah Jakim, beliau telah menunjukkan keutuhan peribadi dan keteguhan prinsip yang mengagumkan kawan dan lawan. Semoga ia dilanjutkan oleh kepimpinan Jakim masakini dan seterusnya...
Sekadar tazkirah dari penulis buat kepimpinan baru...
Rasulullah SAW sering menasihati agar kita menjadi seorang yang memiliki pendirian teguh terhadap agama.
Orang mukmin yang sejati mempunyai harga diri, tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang hina. Seorang mukmin yang mempunyai harga diri, dia pasti berani menegakkan kebenaran sekalipun sukar dan pahit. Ia rela mendapat cacian, hinaan atau stigma-stigma buruk sekalipun. Kerana dia tidak memburu habuan jangka pendek dan kenikmatan sesaat (mata'uddunya). Seorang mukmin yang teguh pendiriannya, bagaikan batu karang di tengah lautan. Tegar dari amukan badai dan hempasan gelombang serta pasang surut lautan.
Kekuatan jiwa seorang muslim, terletak pada kuat atau kurangnya keyakinan yang dipegang. Jika aqidahnya teguh, jiwanya akan kukuh. Tetapi jika aqidahnya lemah, lemah pula jiwanya. Ia ada izzah (mulia) kerana sentiasa menghubungkan dirinya dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Bukan dengan vip itu vip ini, menteri itu menteri ini.
Orang yang beriman itu adalah keperibadian yang memiliki prinsip hidup yang dipeganginya dengan erat. Ia bekerjasama dengan sesiapapun dalam kebaikan dan ketakwaan. Namun jika sekelilingnya mengajak kepada kemungkaran, ia akan mengambil jarak bahkan akan "keluar" dari lingkungan itu. Bukan sebaliknya, mengikut arus. Seorang mukmin sejati dia akan tetap istiqamah dan amanah.
Rasulullah melarang orang Muslim tak berpendirian. "Saya ikut bersama-sama orang-orang, kalau orang-orang berbuat baik, saya juga berbuat baik, dan kalau orang-orang berbuat jahat saya pun berbuat jahat. Akan tetapi teguhkanlah pendirianmu. Apabila orang-orang berbuat kebajikan, hendaklah engkau juga berbuat kebajikan, dan kalau mereka melakukan kejahatan, hendaknya engkau menjauhi perbuatan jahat itu. " (Riwayat al-Tirmizi).
Oleh itu, baliklah kepada iman. Hanya imanlah yang meneguhkan pendirian. Hanya imanlah yang akan memberikan kekuatan. Iman adalah gelora yang mengalirkan inspirasi kepada akal fikiran, maka lahirlah bashirah (mata hati). Sebuah pandangan yang dilandasi oleh kesempurnaan ilmu dan keutuhan keyakinan. Ia menjadi cahaya yang menerangi dan melapangkan jiwa lalu membuahkan taqwa. Iman adalah bekal yang menjalar di segenap tubuh, maka lahirlah harakah. Sebuah gerakan yang terpimpin untuk memenangi kebenaran atas kebatilan, keadilan atas kezaliman, ketaatan atas kemaksiatan. Hasilnya, tiada lagi kepentingan peribadi, bias parti, takut menteri atau loba duniawi tetapi hanya Allah, Rasul dan Islam menjadi matlamat yg dicari...

Rabu, 1 Jun 2011
Pas dan Umno tolak Syiah!
Label:
Isu Syiah
Alhamdulillah, semalam, dalam forum Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman anjuran Karangkraf, kedua-dua Ketua Pemuda parti Melayu Islam terbesar di Malaysia menegaskan bahawa menolak penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Malah Ketua Pemuda Umno menegaskan tidak akan menerima pengikut Syiah menjadi ahli Umno, begitu juga Ketua Pemuda Pas yang menegaskan hanya menerima pengikut Syiah jika bersetuju dengan dasar parti yang menjadikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai pegangan.
Ini bermakna, tanpa mengira sesiapa pun yang menjadi pemerintah di negara ini, sama ada Pas mahupun Umno, kedua-duanya menolak ajaran Syiah daripada bertapak di dalam negara. Ini satu ingatan buat puak Syiah jadian dan diplomat Iran supaya tidak perlu melobi mana-mana pihak dalam kedua-dua parti ini bagi mendapatkan 'lesen yang sah' untuk bertapak di negara ini.
Syiah memang tidak perlu dan tidak boleh wujud di Malaysia berdasarkan latarbelakang sejarah, perundangan, politik, budaya dan kemasyarakatan. Semoga kenyataan kedua-dua Ketua Pemuda Pas dan Umno itu benar, tidak hipokrit dan tidak bersifat politiking untuk memancing undi penganut Sunni.
Wallahu a'lam.
Langgan:
Catatan (Atom)