Jumaat, 24 Disember 2010

Al-Qaradawi Jawab Kehadiran Erdogan ke Asyura


Jawapan Syeikh Yusof al-Qaradawi ketika ditanya tentang kehadiran Erdogan ke majlis sambutan Asyura oleh penganut Syiah di Turki:

"Berkenaan dengan serangan Syiah (terhadap Ahli Sunnah), aku telah mengatakan berkali-kali bahawa untuk mencapai matlamat 'taqrib yang berkesan' antara kedua-dua kumpulan, hendaklah menegah penyebaran satu-satu mazhab ke dalam masyarakat bermazhab lain, lalu kerana itu pengikut-pengikut Syiah telah memarahiku, lebih-lebih lagi ketika aku menuntut para ulama Sunni supaya mempertahankan Ahli Sunnah dengan apa jua thaqafah yang mampu berlindung daripada serangan ini. Ini kerana kumpulan Syiah amat terlatih dalam menyebarkan mazhabnya dan memperuntukkan belanja yang besar untuk itu, di samping mereka memiliki sebuah negara yang memandu arah di belakang mereka. Berkaitan dengan Turki, di sana terdapat kumpulan yang digelar 'Alawiyyun, berkemungkinan merekalah yang menyambut hari Asyura dan kehadiran Tayyip Erdogan, kedatangannya hanyalah berasaskan dimensi politik, lebih-lebih lagi beliau dikenali sebagai seorang negarawan dan amat berdiplomasi, dan ia adalah satu percubaan daripadanya untuk meraikan pelbagai peringkat rakyat Turki, lebih-lebih lagi untuk memenangi hati golongan A'lawi sebagaimana beliau lakukan juga kepada golongan Kurdi". (qaradawi.net)

Wallahu a'lam.
Read more >>