Penulis bukanlah peminat no. 1 Tun tetapi sekadar berminat mengetahui tentang perkembangan semasa pemikiran Tun. Cara berfikirnya 'smart' dan suka menggunakan kaedah 'literal thinking' berbanding 'critical thinking' yg kadang-kadang menyebabkan cerita mudah jadi susah. Apa pun penulis tidak nafikan, 'sound bites' terbaru Tun amat menyentuh benak penulis. Tun memang still konsisten dalam memperjuangkan isu al-Aqsa dan Palestin. Arab kata 'sound bites' tu maknanya 'ta'liqat qasirah' tp walaupun komennya ringkas tapi amat sinis terhadap laporan media Malaysia yg bagaikan hanya pandai menceduk dari media Barat sehinggakan apa yg sebenarnya berlaku di Palestin tidak sampai ke pengetahuan umat Islam di Malaysia.
Tapi, bila Tun mula bercakap isu agama, itu yang menyebabkan penulis berasa kurang selesa. Terbaru, bila Tun menjadi antara penyokong terhadap perjuangan Dr. Asri. Lebih-lebih lagi bila Tun menulis pula tentang isu 'hukum Allah'. Kata Tun, betul ke semuanya itu hukum Allah? Mungkin soalan Tun ada persamaannya dengan perjuangan Dr. Asri yang mengajak kepada tajdid supaya umat Islam merujuk kepada nas bukan kepada mazhab yg kadang-kadang boleh memandulkan pemikiran. Sekilas pandang memang ada persamaannya pemikiran Tun dgn Dr. Asri.
Penulis teringat, dua tahun lepas ketika di Indonesia, penulis ada membeli buku bertajuk 'Islam Madzhab Tengah' diedit oleh Hery Sucipto. Buku ini ibarat sebuah jurnal yang mengumpulkan artikel-artikel pemikir Islam yang dikatakan berfahaman moderat dan sederhana. Antaranya termasuklah Tun. Tajuk tulisan Tun ialah 'Menjadi Muslim Fundamentalis'.
Apabila membaca artikel Tun, penulis dapat memahami bahawa memang Tun adalah pejuang al-Qur'an dan al-Sunnah tulin. Kata Tun, Islam menjadi pecah belah dari dulu hingga sekarang kerana berpunca daripada pelbagai tafsiran sehingga melahirkan banyak mazhab seperti Sunni, Syiah, Wahabi dll. Itu sebab Tun menyeru supaya kita kembali kepada 'AJARAN ASAL ISLAM TERUTAMANYA KEPADA AL-QUR'AN' kerana al-Qur'an itu tidak seperti hadith, al-Qur'an itu satu dan tidak berbeza-beza.
Begitulah pemikiran Tun apabila beliau bercakap soal agama. Malah slogan Tun untuk mengajak kembali kepada al-Qur'an & al-Sunnah itu juga sama dengan slogan yg dibawa oleh Dr. Asri. Persoalannya, samakah pemikiran kedua-dua tokoh ini? Wallahu a'lam...