Khamis, 23 Disember 2010

SYIAH KUMPULAN BID'AH!!!


Tiada hujjah buat kumpulan Syiah untuk mempertahankan diri di sebuah negara Sunni. Ini bukan Iran untuk anda mengatakan hak anda telah dicabuli. Sebenarnya anda yang telah mencabuli hak pemerintah dan masyarakat Sunni di negara ini kerana cuba mendakyah masuk ajaran bid'ah Syiah di kalangan masyarakat Islam Sunni. Pengikut Syiah juga tidak perlu berselindung di sebalik kenyataan ulama-ulama Sunni @ deklarasi-deklarasi tertentu yang menerima Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam. Semua itu dengan tujuan untuk mengekalkan kesatuan umat Islam tetapi bukan untuk mengiktiraf ajaran bid'ah Syi'ah seperti yang sedia termaktub di dalam kitab-kitab firaq Islamiyyah (mazhab-mazhab teologi Islam). Selain itu, ini adalah lambang bahawa ASWJ itu sentiasa adil dan sederhana serta tidak semudah itu untuk mengkafirkan sesiapa sahaja.

Syiah perlu akur bahawa mazhab bawaan mereka adalah bid'ah di sisi umat Islam Sunni kerana perbezaan pada sumber hukum. Lihat bagaimana Syeikh Yusof al-Qaradawi mempertahankan kenyataan yang mengatakan bahawa Syiah adalah sebuah mazhab bid'ah. Beliau menegaskan bahawa Syiah itu kumpulan bid'ah ketika berhadapan menangani kumpulan ekstrem yang mengatakan Syiah itu kafir. Di samping itu beliau turut menegaskan, "Apa yang aku sebutkan berkenaan percubaan-percubaan Syiah untuk memerangi kalangan masyarakat Sunni, aku tetap mempertahankannya (kenyataannya) dan tidak boleh tidak menghadapinya, jika tidak aku telah mengkhianati amanah dan melalaikan tanggungjawabku ke atas ummah".

Lihat! Apa lagi kata al-Qaradawi tentang Syiah dengan penuh amanah dan kejujuran, beliau berkata: "...aku katakan tentang Syiah; sesungguhnya mereka kumpulan bid'ah bukan kuffar, ini disepakati kalangan Ahli Sunnah, jika aku tidak mengatakan ini bermakna aku telah menafikan, kerana sesungguhnya kebenaran itu tidak berbilang-bilang...pendirianku ini adalah pendirian setiap alim Sunni yang sederhana terhadap Syiah Imam 12...".

Kesimpulannya, walaupun kita di kalangan ASWJ tidak begitu mudah mengkafirkan Syiah, namun Syiah tetap dianggap kumpulan bid'ah yang terkeluar daripada manhaj Islam yang sebenar dan penyebaran ajaran mereka perlu disekat di kalangan umat Sunni bagi memelihara aqidah dan syariah Islam.

Wallahu a'lam.
Read more >>