Khamis, 31 Mac 2011

Kenapa poco-poco haram?


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya. Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Ulasan penulis :

Sebenarnya, isu tarian poco-poco telah ditanya oleh ramai orang. Jakim sendiri melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah cuba menjalankan kajian the origin of poco-poco (philosophy dan epistemologinya), tetapi masih menemui jalan buntu. Tidak terdapat satu bukti literature mahupun praktikal yang menunjukkan poco-poco yang ditarikan oleh rakyat Malaysia sekarang berasal daripada agama Kristian samada di Indonesia, Filipina mahupun Jamaica. Memang tidak dinafikan sebelum kedatangan Kristian lagi setiap bangsa di atas telah pun memiliki budaya mereka sendiri terutamanya tarian-tarian yang mempunyai unsur-unsur pemujaan terhadap dewa (dinimisme dan animisme) seperti tarian-tarian kebudayaan kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Dalam fatwa yang dinyatakan oleh SS Mufti Perak di atas, beliau mengatakan poco-poco berasal daripada Jamaica. Ia berkemungkinan apabila beliau merujuk kepada kepercayaan golongan Pocomania (small madness) yang memeluk agama Kristian di sana. Sebenarnya pocomania adalah satu bentuk sinkretik antara amalan tradisional kuno Afrika yang kononnya dikuasai oleh roh nenek moyang mereka dalam upacara ritual yang dilakukan dalam bentuk tarian liar (dance wildly) sehingga tidak sedarkan diri (kerasukan). Apabila Kristian datang, sebagaimana biasa, dakyah Kristian hanya akan mengubah konsep dewa-dewi menjadi Father ,Son dan Holy Spirit. Kristian tidak seperti Islam yang apabila datang akan menghapuskan segala bentuk aqidah syirik dalam kepercayaan lama kerana Islam berpegang kepada konsep al-wala' dan al-bara'. Soalnya inikah asal-usul poco-poco yang ada di Malaysia ini?

Dalam hal ini, penulis berpendapat sukar untuk menyamakan pengharaman poco-poco dengan yoga kerana yoga adalah satu ritual agama Hindu yang establish di dalam kitab-kitab suci Hindu spt Veda dan Upanishad serta masih dilakukan oleh sami-sami Hindu. Malah falsafah Hindu di sebalik yoga asana itu masih kukuh tertanam. Manakala anggapan yang mengatakan pergerakan poco-poco sama dengan bentuk salib juga tidak boleh menjadi alasan yang kukuh kerana pergerakan depan belakang kiri kanan adalah pergerakan natural seorang manusia dan kembali kepada hukum harus. Malah tubuh manusia ketika mendepakan kedua tangannya juga (spt ketika streching) boleh dianggap haram kalau kaedah 'menyerupai salib' digunakan dalam gerakan tubuh.

Bagaimanapun, ulasan ini tidak bermakna penulis menentang fatwa yang dikeluarkan oleh SS Mufti Perak kerana penulis hampir berpandangan sebegitu walaupun dengan alasan yang berlainan. Alasan penulis mudah, tarian poco-poco adalah suatu tarian yang meragukan kerana tidak diketahui siapakah pemilik budaya sebenar poco-poco. Ada yang mengatakan ianya tarian agama dan ada yang mengatakan ianya tarian budaya. Bagi penulis, peganglah kepada kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Pertama, tinggalkan perkara yang meragukan kepada yang tidak meragukan. Kedua, tinggalkan perkara yang syubuhat (tidak jelas halal dan haramnya) nescaya akan selamatlah maruah agama dan diri kita.

Wallahu 'alam.  
Read more >>

Isnin, 28 Mac 2011

Bersatulah wahai Ahli Sunnah!

Bulan lepas, penulis berkesempatan menyampaikan ceramah berkenaan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di salah sebuah IPTA. Apa yang agak mengejutkan bahkan agak mengagumkan apabila ketika masuk sesi forum di sebelah petang, pelbagai soalan yang sangat ilmiyyah diajukan oleh para peserta. Bagi penulis, dari satu sudut ia satu perkembangan yang baik. Tapi dari sudut yang lain jelas kelihatan di sana wujud blok-blok pemikiran tertentu yang dipegang oleh para peserta, dan penulis yakin ia adalah hasil daripada pengajian dengan ustaz-ustaz tertentu.

Penulis diajukan bertubi-tubi tentang persoalan yang membabitkan soal teologi Islam. Beza salaf dan khalaf, pandangan mereka tentang ayat-ayat sifat yang mutasyabihat dan manhaj serta metodologi kedua-dua pihak di dalam aqidah. Tidak dinafikan soalan-soalan ini memang baik dan penulis menjawabnya secara ilmiyyah berdasarkan pengetahuan dan dasar-dasar yang ditentukan oleh Panel Kajian Aqidah (PKA) Jakim. Tetapi jauh di sudut hati ini, masih merasa kurang senang, mengapa itu yang menjadi fokus persoalan? Adakah di sana wujud konflik antara dua blok tertentu yang beraliran kontra antara satu sama lain.

Apa yang menjadi kebimbangan penulis adalah apabila blok-blok pemikiran ini wujud hasil daripada bawaan ustaz-ustaz tertentu. Ia berlaku apabila ustaz aliran A menuduh ustaz beraliran B sebagai kaza wa kaza dan ustaz aliran B menuduh ustaz aliran A sebagai kaza wa kaza. Akibatnya, orang awam menjadi mangsa dan tidak tahu mana satu aliran yang betul. Lebih berat lagi mereka bingung siapakah sebenarnya yang ikut Ahli Sunnah? Malah lebih berat lagi, benarkah si fulan telah terkeluar dan bukan Ahli Sunnah? Itulah hakikat yang sedang terjadi!

Penulis teringat kepada syor al-Fadhil Dr. Abdul Hayei (Timb. Pengerusi PKA Jakim) yang mencadangkan supaya semua ustaz lulusan Timur Tengah di 'tarsyid' yakni diberi tunjukarah supaya mereka pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat awam di Malaysia. Kita akur masing-masing membawa latarbelakang pendidikan yang berbeza-beza sesuai dengan tempat mereka menimba ilmu, namun janganlah mereka terikut-ikut dengan 'budaya' dan 'gaya' guru atau tempat belajar mereka untuk diterapkan ke dalam masyarakat muslim di sini. Ia sudah tentu akan menimbulkan kekalutan dan keributan. Akhirnya pemikiran masyarakat jadi bercelaru, USTAZ manakah yang paling benar dalam banyak-banyak USTAZ? Malah ada pulak di sana istilah ustaz sesat! Subhanallah wallahulmusta'an...

Saat ini, pertembungan yang paling sengit adalah antara dua blok pemikiran paling berpengaruh di kalangan para ustaz. Satu digelar Salafi, musuhnya menggelarkan mereka Wahabi. Lawannya pula adalah Asya'irah, musuhnya menggelarkan mereka Ahbasy. Si Ahbasy menuduh Wahabi sebagai mujassim, si Wahabi pula menuduh si Asy'ari sebagai mu'tazilah (mu'attil). Maka berperanglah kedua-dua blok pemikiran ini, saling bertikam lidah, label melabel, tuduh menuduh, kata mengata, cop mengecop, jatuh menjatuh, hinggakan saman menyaman pun ada, dan pelbagai lagi tindakan yang sebenarnya amatlah memalukan title USTAZ itu sendiri.

Penulis sendiri kelu dan tak tahu apa yang mahu dikata perihal ustaz-ustaz sebegini. Ceramah-ceramah mereka bukan lagi berisi ilmu buat orang awam sebagai bekalan hidup. Tetapi bertukar menjadi medan hentam-menghentam sesama ustaz. Malah hujjah-hujjah yang digunakan seolah-olah ustaz yang dihentam itu berada di hadapan matanya. Padahal di hadapannya hanyalah orang awam yang tidak pun faham secara mendalam latarbelakang isu berbangkit. Kesannya, terbentuklah blok pemikiran tertentu dalam masyarakat yang anti ustaz tertentu dan aliran tertentu. Ketaksuban pula semakin dibina dari hari ke hari. Apa sahaja yang menyalahi pemikiran ustaznya akan diberi label tertentu. Malah nama-nama ulama silam dan mutakhir pun jadi mangsa. Jika disebut Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Qaradawi, maka jawapannya itu ulama pro Wahabi. Bila disebut nama-nama seperti Imam al-Ghazali, al-Taftazani, al-Baqillani, Dr. Ali Jum'ah, maka dituduh pula itu ulama pro Ahbasy. Wallahulmusta'anu bima tasifuuun..

Dalam hal ini, penulis amat teruja dengan perbicangan-perbincangan ilmiyah yang berlaku sesama ahli PKA Jakim. Tidak pernah melihat mereka berhujjah secara emosi ketika berselisih pendapat dan aliran, sebaliknya mereka berhujjah secara akademik dan disampaikan dengan penuh adab. Malah peranan pengerusi PKA, SS Mufti Wilayah sangat berkesan dalam menangani perselisihan pendapat. Semua diberi peluang untuk berhujjah secara akademik walaupun mengikut aliran pemikiran masing-masing.

Misalnya, dalam isu pertembungan dua blok pemikiran iaitu Wahabi dan Ahbasy. PKA Jakim pada kali ke-14/2000, kali ke-20/2002 dan kali ke-23/2003 telah memutuskan Wahhabiyyah masih termasuk di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah namun penularannya perlu disekat kerana dibimbangi boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Begitu juga dalam mesyuarat PKA kali ke-36/2007, kumpulan al-Ahbasy dan yang sealiran dengannya juga masih termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana mereka beraliran Asya’irah dalam aqidah dan bermazhab Syafi’i dalam fiqh. Namun pendekatan menggunakan kata-kata takfir, tajsim dan tasybih kepada orang-orang Islam yang tidak sejalan dengan ajarannya dikhuatiri boleh mengundang perbalahan yang lebih besar dan ia tidak bersesuaian dengan konteks Malaysia.

Kelihatannya, ahli-ahli PKA Jakim tidak semudah itu untuk mengeluarkan mana-mana pihak dari Ahli Sunnah. Kesalahan atau kesilapan seorang individu tidak boleh dita'mimkan menjadi kesalahan seluruh kelompoknya. Konsistensi juga menjadi nilaian, adakah sesuatu aliran atau kumpulan sentiasa bertentangan dengan ASWJ atau hanya dalam cabang-cabang tertentu sahaja mereka berkhilaf. Namun dari sudut sumber hukum, manhaj aqidah dan syariahnya masih dalam lingkungan ijtihad ulama salaf dan khalaf. Jika salah..satu pahala, jika benar dua pahala. Kesimpulannya, PKA Jakim sangat teliti dalam menetapkan sebarang hukum apatah lagi bila melibatkan maruah agama seseorang. Bukan seperti lancangnya mulut ustaz-ustaz tertentu yang memberi label si anu ini Ahli Sunnah tetapi si anu itu bukan Ahli Sunnah.

Bagi penulis, kalau kita ada taqwa, ada wara', ada adab, ada tatasusila, insya-Allah segala perselisihan antara ahli agama dapat diatasi.Kadang-kadang perselisihan yang berlaku lebih kepada soal 'pendekatan' yang keras, rigid, straight, ego, takabbur, sombong dan seumpamanya yang memang tidak sesuai untuk dihadapkan kepada masyarakat awam.

Antara sesama ustaz, berubahlah, berbaiklah, berpakatlah demi kepentingan dakwah Islam-Sunni di negara ini. Jangan kita menjadi punca 'FITNAH' kepada masyarakat awam. Jangan juga kita berbalah sehingga Syiah pula mengambil kesempatan ke atas kita (seperti perpecahan antara Salafi dan Ikhwan di Bahrain). Ketepikanlah soal remeh temeh seperti bid'ah membid'ah perkara-perkara furu', menuduh Asya'irah sebagai golongan Mu'tazilah/Mu'atthilah atau menuduh Wahabi sebagai Mujassimah/Musyabbihah. Semua itu tidak memberi apa-apa manfaat demi kesatuan umat Sunni di negara ini.

Apa salahnya jika selepas ini, aliran Wahabi dan Asya'irah duduk bersama dan menganjurkan seminar bersama? Tinggalkan segala perselisihan dan berkerjasamalah pada perkara yang kita sepakati! Inilah warisan berharga yang ditinggalkan oleh Imam al-Syahid Hasan al-Banna dalam Usul al-'Isyrin. Bacalah dan hayatilah. Semoga Allah SWT menyatukan fikrah dan hati-hati kita semua. Amin...    
Read more >>

Sabtu, 26 Mac 2011

Haram tonton video lucah itu!

Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk sentiasa menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan untuk dilihat kerana ia dapat menghindarinya daripada zina. Firman Allah SWT :

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون

Ertinya: "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat ". (An-Nur: 30)

Allah menyebutkan bahawa seseorang yg sentiasa menahan pandangan dari hal-hal yang diharamkan akan menjadikan hatinya bersih dan kebersihan hati memudahkan masuknya nur atau cahaya petunjuk daripada Allah SWT ke dalam.

Sebaliknya kebiasaan memandang hal-hal yang diharamkan Allah, seperti aurat orang lain, maka akan menjadikan hati kotor dengan maksiat dan dosa yang lama-kelamaan semakin menutupi kebersihan hati sehingga sukar ditembusi oleh nur hidayah-Nya.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika berbuat dosa maka akan ada satu noda hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan berlepas daripada dosanya maka hatinya akan menjadi bersih, tetapi jika dosanya bertambah, maka noda hitam tersebut akan semakin bertambah hingga menutupi hatinya, itulah noda yang disebutkan oleh Allah Azza Wa Jalla dalam Al Qur`an: "Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya dosa yang mereka lakukan itu menutup hati mereka". (Kalla bal raana 'ala qulubihim)

Jikalau filem-filem atau video-video lucah itu tidak ada yang menontonnya mungkin tidak akan ada orang yang menerbitkannya atau paling tidak pembikinan dan penyebarannya menjadi sangat terhad kerana wujud perasaan malu dan takut dosa di dalam diri masyarakat.

Selain itu, pada Februari 2011 baru-baru ni, Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pornografi lebih berbahaya berbanding dadah.

Menurut MUI, berdasarkan kajian dari Kementerian Kesihatan Indon, kerosakan otak akibat dadah ini boleh merosakkan dua hingga tiga komponen di dalam otak, tetapi akibat kecanduan pornografi boleh merosakkan lima komponen di dalam otak. Berdasarkan hasil kajian doktor di Amerika Syarikat, seseorang yang kecanduan pornografi otak akan rosak sehingga anak akan menjadi bodoh bahkan dikhuatiri akhirnya akan menimbulkan penyakit seksual.

Berbalik kepada isu video lucah yang kononnya mahu disebarkan oleh pihak tertentu itu, maka elakkanlah dan jangan sekali-kali menontonnya kerana tiga sebab :-

Pertama : Hukumnya memang haram

Kedua : Menimbulkan persepsi tertentu sehingga boleh membawa kepada memfitnah orang tertentu

Ketiga : Menghitamkan hati sendiri dengan noda dan dosa

Wallahu a'lam.
Read more >>

Khamis, 24 Mac 2011

Tiada tempat buat Syiah di Malaysia

Kenyataan tentang Syiah oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir ketika penggulungan perbahasan di parlimen hari ini (turut dihadiri oleh PM dan TPM) :

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 antara lain bersetuju :-

i. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

ii. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Menurut warta pengharaman Syiah, Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993 : Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini (Malaysia) adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.

Manakala menurut Seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989 berkenaan warta pengharaman Syiah : mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut (Syiah) kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi ; untuk mengajar, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri.

Berdasarkan kenyataan ini, disimpulkan bahawa :

a) Seluruh umat Islam warganegara Malaysia hendaklah berpegang hanya kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

b) Warganegara asing dibenarkan untuk mengamalkan Syiah selagimana ia diamalkan secara amalan individu itu sendiri.

Penulis : Kerana itu, kita pelik pasal apa Iran sibuk sangat nak campur tangan hal Syiah di Malaysia? Waktu serbuan di Gombak, seorang ayatullah Syiah turut hadir sebagai penceramah. Bukankah itu dah keluar dari term amalan individu itu sendiri (bagi warga asing)?

Wallahu a'lam.
Read more >>

Rabu, 23 Mac 2011

Inikah bahana demokrasi liberal Barat?

Penulis rasa makin takut. Dunia makin terbuka, lepas dan bebas. Agamanya entah di mana. Inikah tempias bahana demokrasi liberal Barat. Nak cakap apa pun, bebas. Nak tuduh apa pun, bebas. Nak fitnah pun, bebas. Nak pertontonkan video dot dot dot pun, bebas. Subhanallah...inikah tandanya agama makin hilang??? Sila baca laporan di bawah ni, seakan ada kebenarannya.. 

Satu kajian berdasarkan data bancian di beberapa negara mendapati bahawa agama mulai menghilang atau ditinggalkan orang.

Keputusan kajian yang dilakukan oleh Universiti Northwestern dan Universiti Arizona, kemudian dibentangkan dalam pertemuan American Physical Society di Dallas tersebut menggunakan data 100 tahun terakhir dari negara Australia, Austria, Kanada, Republik Czech, Finland, Ireland, Belanda, New Zealand dan Switzerland.

Ketua Pengkaji Richard Wiener dari Research Corporation for Science Advancement berkata, "Dalam banyak demokrasi moden sekular, terdapat kecenderungan di mana rakyatnya mengaku tidak mempunyai hubungan dengan agama."

"Di Belanda jumlahnya mencapai 40%, dan tertinggi boleh dilihat di Republik Czech, di mana angkanya mencapai 60%".

Di Malaysia bagaimana?

Wallahu a'lam.
Read more >>

Selasa, 22 Mac 2011

Syiah potong lidah bilal sunni di Bahrain!


Ya Allah..beginikah rupa revolusi Syiah? Bagaimana jika selepas ini Bahrain benar-benar jatuh ke tangan Syiah? Seorang forumer Arab memberitahu "Rafidah beat, broke ribs, stabbed and cut the tongue of sunni mu'adhin. They told him bahrain is for shias and they no longer tolerate to hear sunni adhaan in it".

Terbaru sebuah Syarikat Iran berpusat di London telah membina sebuah laman web untuk mengajak puak Syiah dari Iran turun berjihad menumpahkan darah di Bahrain. Lihat sini .Berhati-hatilah wahai umat Sunni!! 

Sumber : sunni-news
Read more >>

Isnin, 21 Mac 2011

Syiah nak tawan Ka'bah?

Keadaan semakin melampau apabila kumpulan Syiah yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Arab Saudi di Iran mengangkat sepanduk "Hal tataharrar al-Ka'bah fi hajji 'amina haza?" bermaksud "Adakah Ka'bah akan terbebas pada haji tahun ini?". Nampaknya ini sudah melampau...sejarah tidak pernah menyaksikan Ka'bah terlepas ke tangan Syiah.

Walaupun ketika ini Ka'bah dikuasai oleh kerajaan yang berfahaman Wahabi tetapi mereka masih dianggap Sunni oleh dunia Islam kerana sumber hukumnya tetap sama al-Qur'an dan al-Sunnah. Hati-hatilah wahai umat Islam-Sunni. Syiah-Iran dilihat semakin menunjukkan taringnya akhir-akhir ini. Di mana ada Syiah di situ ada pembelaan Iran. Malah demonstrasi penganut Syiah di Bahrain terbukti dilakukan secara ganas (klik di sini ) bukan seperti demonstrasi di tempat lain. Sepatutnya Iran tak perlu campur apa yg berlaku di Bahrain. Apa jadi kepada umat Sunni di Iran yang didiskriminasikan oleh kerajaan Syiah-Iran? Iran tak pernah mengaku bertanggungjawab bahkan Sunni terus ditindas dan ditindas di sana. Wallahu a'lam.   
Read more >>

Ahad, 20 Mac 2011

Syiah-Iran ambil kesempatan di Timur Tengah

Ketegangan di Bahrain tidak sama seperti revolusi yang terjadi di negara-negara Arab lain. Begitulah kata Dr. Yusuf al-Qaradawi. Revolusi Bahrain adalah revolusi mazhab dan tidak mewakili tuntutan rakyat Bahrain secara keseluruhan.

"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, ada campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri.

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah.

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," al-Qaradawi menjelaskan.

Al-Qaradawi juga memberi amaran bahaya kumpulan Syiah mengusung gambar-gambar pemimpin spiritual tertinggi Syiah Ayatullah Khamenei dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah. Khamenei dan Nasrallah adalah tokoh negeri Iran, sementara Bahrain bahagian dari negara-negara Teluk bermazhab Sunni. Syiah Bahrain harus menunjukkan kewarganegaraan mereka yang sebenarnya.
 
Begitu juga tunjuk perasaan yang berlaku di Arab Saudi di bandar timur Qatif. Ia juga didalangi kaum Sy'iah Saudi. Gejolak di Timur Tengah telah memberi inspirasi kaum Syi'ah di Saudi agar terjadi revolusi. Amir Khalid bin Talal menuduh Syiah-Iran sebagai dalang di sebalik semua demonstrasi itu. Saudi merupakan negara yang dipimpin kaum Sunni. Dari 19 juta penduduk, Syiah merupakan minoriti dengan jumlah 15 peratus. (Lihat gambar di atas, puak Syiah di Arab Saudi ada Pergerakan Jihad yang memiliki pasukan bersenjata!)
 
Fenomena ini mengingatkan penulis kepada terputusnya hubungan diplomatik antara Maghribi dan Iran pada tahun 2009. Ia berpunca daripada kenyataan seorang ulama Iran tentang negara Bahrain yang mencetuskan ketegangan di kalangan negara anggota Liga Arab. Maghribi menarik dutanya di Iran, Mohammed Bu Zarif selama satu minggu sebagai bentuk protes atas kenyataan ulama Iran yang dianggap telah menyinggung kedaulatan negara Bahrain. Sebelumnya Bahrain dan Arab Saudi sudah menyampaikan bantahan pada Iran.

Ketegangan ini bermula ketika bekas jurucakap Majlis Iran, Ali Akbar Nateq Nouri mengkritik kerajaan Mohammad Reza Pahlavi yang disebutnya telah menyerahkan kedaulatan pada wilayah ke-14, Bahrain. Kenyataan ini menimbulkan kritikan dan kecaman dari negara-negara anggota Liga Arab yang lain. Salah seorang lagi rujukan Syiah di Maghribi iaitu Idris Hani. Dia telah mendakwa mahu menubuhkan Daulah 'Alawiyyah di Maghribi atas alasan Maghribi adalah negara Syiah.

Raja Maghribi juga telah menulis surat kepada Raja Bahrain, Syaikh Hamad bin Isa Al-Khalifa. Dalam surat tersebut, Raja Maghribi, Raja Mohammad VI berjanji akan menyokong Manama dan akan mengkritik Iran yang dianggap sudah "melanggar kedaulatan dan kemerdekaan negara Bahrain."

Maghribi turut membongkar bahawa kedutaan besar Iran di Rabat telah melakukan usaha untuk menukar asas-asas keagamaan yang dianut kerajaan Sunni Maghribi. Maghribi juga menuding Iran telah mengancam persatuan negara-negara Arab yang menjadi pusat Sunni.
 
Kewujudan mazhab Syiah di Maghribi yang kian hari kian berkembang sememangnya telah menimbulkan keresahan kalangan ulama dan pemerintah negara itu.

Dalam wawancara dengan harian al-Arabiyyah (19/3/2009), Ahli Persatuan Ulama Maghribi Syeikh Abdul Bari al-Zamzami menyatakan, sumber gerakan Syiah di Maghribi berasal dari Eropah, lebih tepatnya lagi Perancis dan Belgium. Di kedua-dua negara tersebut hidup ribuan pendatang Maghribi dalam suasana kebebasan mutlak.
Selain itu, al-Zamzami mengatakan adanya faktor lain yang turut menyokong gerakan Syiah di negerinya, iaitu faktor material. Kedutaan Iran di Maghribi memberikan bantuan tertentu kepada orang-orang Maghribi yang menyebarkan mazhab Syiah, selain banyaknya pelajar asal Maghribi yang belajar di Iran dan akhirnya memiliki pegangan yg kuat dengan Syiah.

Al-Zamzami sendiri menyokong diputuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Iran. Pada hematnya, kerajaan perlu campur tangan untuk membenteng akidah warganya. Di samping itu, al-Zamzami juga menyeru untuk menarik buku-buku Iran dan Syiah daripada pasaran buku Maghribi.

Lihatlah, inilah yang sedang berlaku di dunia Arab, Teluk dan Timur Tengah. Penulis bimbang dengan kebangkitan masyarakat Muslim-Sunni-Arab untuk  menentang pemerintahan diktator di negara masing-masing, tiba-tiba Syiah yang didalangi pihak tertentu bangkit mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka di negara-negara Sunni. Semoga hal ini tidak berlaku di tempat kita. Tapi ingat! Jika kita leka, suatu masa nanti tunggulah..ia pasti berlaku!

Wallahul musta'an..wa'ilallahi 'aqibatul umur....

Read more >>

Sabtu, 19 Mac 2011

Kebebasan beragama yang tidak bebas

Orang-orang Kristian di negara ini sibuk menuntut kebebasan beragama kononnya supaya injil BM mereka boleh dilepas bebas tanpa cop KDN atas alasan Hak Asasi Manusia (HAM). Tapi ketahuilah..di negara-negara tempat kelahiran HAM sendiri, kebebasan itu tak pernah dihormati pun...baca laporan ini di bawah.. 

Mahkamah HAM Eropah pada hari Jumaat (18 / 3) mengeluarkan keputusan final bahawa kayu salib boleh ditempatkan di ruang kelas sekolah-sekolah umum Eropah.

Sebagaimana dipetik Associated Press , keputusan tersebut membatalkan keputusan yang digugat pada Januari 2009, yang menyatakan pemasangan salib di ruangan kelas boleh mengganggu murid-murid non-Kristian dan ateis. Dimulai dengan Itali, beberapa negara Eropah menggugat larangan pemasangan salib di kelas.

"Sentimen rakyat di Eropah menang hari ini," kata Menteri Luar Negeri Itali Franco Frattini, menyambut baik keputusan hakim.

Ahli Dewan Eropah yang berjumlah 47 negara, pengawal HAM Eropah, semuanya wajib mengikuti keputusan mahkamah hari Jumaat (18 / 3) itu.

Mahkamah HAM Eropah di Strasbourg, Perancis, dalam keputusannya menyebutkan, sekolah-sekolah umum Itali tidak melakukan kesalahan apapun dengan menggantungkan salib di ruangan kelas mereka, dalam kes yang membuat negara Eropah penganut Katolik dengan negara-negara jirannya yang lebih sekular berpecah.

Kes salib di ruangan kelas pertama kali dibawa ke mahkamah oleh Soile Lautsi, seorang ibu kelahiran Finland yang mengatakan sekolah-sekolah Itali di tempatnya menolak untuk menyingkirkan simbol-simbol Katolik Rom dari ruang kelas. Menurutnya, pemasangan salib melanggar prinsip sekular yang seharusnya dijunjung tinggi oleh sekolah-sekolah umum.

"Kebebasan beragama, kebebasan daripada diskriminasi, kebebasan memilih adalah prinsip-prinsip asas dan dalam kes ini semua itu tidak dihormati," kata Massimo Albertin, suami Lautsi yang bersama keluarganya tinggal di Abano Terme berhampiran Padua, Itali.

Albertin yang mengaku ateis, mengatakan bahawa keputusan mahkamah yang membolehkan salib di ruangan kelas tersebut menunjukkan "Vatican terlalu kuat untuk dilawan oleh individu."

Walaupun nama Lautsi yang dinyatakan di dalam surat tuntutan, namun sesungguhnya tuntutan itu merupakan tindakan kolektif dari ramai orang.

Takhta Suci Vatican tentu saja senang dengan keputusan mahkamah hak asasi manusia Eropah.

Kardinal Gianfranco Ravasi, salah pegawai tinggi Vatican bagi urusan kebudayaan mengatakan bahawa salib adalah "salah satu simbol terbesar di Barat."

Salib, katanya, "adalah simbol tamadun, walaupun anda tidak mengakuinya menurut kepercayaan anda.
 
Begitulah keadaan hak asasi di Eropah, hanya indah pada nama tapi pada pelaksanaannya tidak juga.
Read more >>

Isnin, 14 Mac 2011

Tsunami : Mengingatkan kita kepada kematian

Peristiwa  tsunami di Jepun sepatutnya menginsafkan dan mengingatkan kita kepada kematian. Antara kata-kata Imam al-Qurtubi yang benar-benar menusuk hati penulis sepanjang penulis mengajar kitab beliau 'al-Tazkirah' ialah :

وأجمعت الأمة على أن الموت ليس له سن معلوم، و لا زمن معلوم، ولا مرض معلوم، و ذلك ليكون المرء على أهبة من ذلك، مستعداً لذلك. انتهى.

Maksudnya : "Dan ummah telah sepakat bahawa kematian itu tiada baginya, umur tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Demikian itu supaya seseorang itu dalam keadaan berjaga-jaga daripadanya dan bersedia untuk itu (mati)".
 
Hakikatnya, mengingati mati termasuk salah satu akhlak terpuji dan perilaku luhur lagi mulia. Bagaimana tidak, mengingati kematian bukan sekadar ingat dan tidak lupa, namun lebih daripada itu mengingati kematian bererti mempersiapkan bekal sebelum ajal datang.

Diriwayatkan dari Kumail bin Yizad, bahawa ia keluar dengan Ali Abi Talib r.a. Dalam perjalanan itu Ali menoleh ke kubur lalu berkata, "Wahai penghuni tempat yang menyeramkan, wahai penghuni tempat penuh bala`, bagaimana khabar kalian saat ini? Mahukah kalian ku beritahu khabar dari kami: harta-harta kamu telah dibahagi-bahagi, anak-anak kamu telah menjadi yatim, dan isteri kamu telah dinikahi oleh orang lain. Kini, mahukah kamu memberi tahu tentang khabar yang kamu miliki? "

Kemudian Ali menoleh pada Kumail dan berkata, "Wahai Kumail, seandainya mereka dibenarkan menjawab mereka akan berkata, 'Sebaik-baik bekal adalah taqwa.'

Ali menangis. Lantas, kembali berkata, "Wahai Kumail, kubur itu adalah tempat amal, dan di kala kematian, khabar dari isi kotak amal itu akan menghampirimu." ( Al-Hasan bin Bisyr Al-Aamidiy, Kanzul `Ummaal, Juz III, hal.697, Maktabah Syamilah).

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dun-ya dengan sanad daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:" Perbanyaklah mengingati kematian, sebab ia mampu membersihkan dosa-dosa, dan menjauhkan diri dari kesenangan duniawi. "

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat tentang siapa "orang-orang yang beruntung." Maka Rasul menjawab, "Orang yang paling banyak ingat mati, paling baik dalam persiapan menyambut kematian. Merekalah orang-orang yang beruntung, di mana mereka pergi (meninggal) dengan membawa kemuliaan di dunia dan akhirat. "(HR. Ibnu Majah (4259)

Sehebat apapun seseorang, sepantas bagaimanapun ia berlari, tidak ada yang bisa lepas dari jaring kematian. Di mana-mana, bila-bila masa, dan dalam keadaan bagaimanapun, kematian itu pasti akan datang menyerkap, baik dalam keadaan kita bersedia atau tidak, baik dalam keadaan baik atau buruk, kematian adalah suatu kepastian.

Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman,

" Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." (QS. Al-Jumu `ah [62]: 08)

Cara Mengingat Mati

Ada banyak cara dan isu untuk membuat kita selalu ingat mati. Beberapa antaranya:

Pertama, berusaha sekuat mungkin untuk mengingati kematian yang menimpa orang lain, entah itu saudara, keluarga, atau sesiapa saja antara manusia yang telah mendahului kita. Misalnya, ketika kita berjalan dengan rombongan yang mengiringi keranda jenazah, di saat itulah kita berusaha mengingati kematian.

Atau saat jiran tetangga kanan dan kiri, rakan taulan, saudara mara kita ada yang meninggal, kita juga berusaha mengingat kematian dengan mengatakan dalam diri kita, "Hari ini jiranku telah meninggal, mungkin esok, lusa, atau beberapa hari lagi aku yang akan dipanggil oleh Allah SWT."

Hal demikian jika kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, akan membuat kita terhindar daripada perbualan yang tidak berfaedah di kala bertakziah kepada keluarga si mati seperti yang sering kita perhatikan atau bahkan kita sendiri pernah melakukannya.

Padahal Rasulullah SAW pernah menegur beberapa orang yang berbual-bual kosong. Baginda SAW mengatakan, "Jika kamu banyak mengingati 'pemutus kenikmatan' nescaya kamu tidak banyak berbicara seperti ini, perbanyakkanlah mengingati 'pemutus kenikmatan' (mati). (HR. Turmudzi (2648))

Kedua, setelah kita mengingati kematian itu sendiri, cubalah kita membayangkan bagaimana sepi dan sunyinya alam kubur itu, tidak ada yang menemani pada hari-hari yang bakal dilalui. Suami atau isteri yang paling dicintai sekalipun tidak akan sanggup menemani jika kita telah wafat, terkubur dalam limpahan debu dan tanah.

Diceritakan daripada Abu Bakar Al-Isma`ili dengan sanandnya daripada Usman bin Affan, bahawa apabila mendengar cerita neraka, ia tidak menangis. Bila mendengar cerita kiamat, ia tidak menangis. Namun, apabila mendengar cerita kubur, ia menangis.

"Mengapa demikian, wahai Amirul Mukminin," tanya seseorang kepada beliau. Usman menjawab, "Apabila aku berada di neraka, aku tinggal bersama-sama orang lain, pada hari kiamat aku bersama orang lain, namun bila aku berada di kubur, aku hanya seorang diri." (Syeikh Muhammad bin Abu Bakar Al-`Ushfuri, Syarh Al -Mawaa `idz Al-` Ushfuuriyyah, Jakarta: Dar Al-Kutub Al-Islamiyah, hal. 28)

Kesendirian dan senyap sunyinya alam kubur boleh berubah menjadi kebahagiaan atau kesengsaraan, bergantung kepada amal kita selama hidup di dunia. Kuburan boleh menjadi taman kebahagiaan atau menjadi lubang azab dan sengsara. "Kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu parit neraka," sabda Nabi SAW. (HR. Turmudzi (2460))

Ketiga, termasuk hal yang sangat dianjurkan dalam usaha kita mengingati mati adalah berziarah ke kubur. Ziarah kubur merupakan perkara yang disunnahkan dan sangat disarankan oleh Rasulullah SAW.

Melalui kegiatan ziarah, kita mengambil pelajaran dan hikmah tentang keadaan alam kubur dan apa yang terjadi di dalamnya serta kehidupan yang akan ditempuhi selepas daripada alam kubur kelak.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan, "Aku pernah melarang kamu untuk berziarah kubur, namun sekarang berziarahlah sebab ia dapat mengingatkan akan kehidupan akhirat dan menjauhi kemewahan dunia." (HR. Muslim (977))

Saat ini, musibah terjadi di mana-mana bila-bila masa. Sementara di waktu yang lain, ramai manusia tidak sedar bahawa detik jantung, denyut nadi mereka boleh sahaja berhenti berdetik bila-bila masa. Entahkan kerana kemalangan, kerana banjir, kerana tsunami, bahkan saat mereka sedang bersenda gurau dengan sanak keluarga. Sesungguhnya kematian merupakan hal yang sudah pasti, kita hanyalah menunggu gilirannya.

Terfikirkah kita, ketika nyawa dicabut, apa yang telah kita sediakan untuk menghadap-Nya?
Read more >>

Rabu, 9 Mac 2011

Murtad siapa tolak Wilayah al-Faqih

Salah seorang tokoh Syiah Iran, Muhammad Taqi Misbah Yazdi menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari Wilayah al-Faqih secara sengaja, maka ia dianggap murtad. Kenyataan ini disampaikannya pada Isni pada 14 Jun 2010 ketika pertemuan para pemimpin Tertinggi Revolusi Iran, dalam rangka menguatkan sokongan terhadap Pemimpin Agung Ali Khameini. Demikian disebarkan oleh Islammemo.cc.

Menurut tokoh yang dikenali sebagai pembimbing spiritual Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad ini, Wilayah al-Faqih mempunyai legitimasi khusus dalam syari'ah, sebagai pengganti dari Imam Dua Belas menurut kepercayaan Syiah.

Wilayah al-Faqih juga adalah dewan elit para agamawan yang menduduki kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayah al-Faqih dipegang oleh Ayatullah Ali Khemenei.

Dia menambah bahawa suara pengundi dalam pilihanraya umum tidak mempengaruhi pembentukan kerajaan Iran. Ia menunjukkan, pengasas rejim Khomeini tidak percaya sepenuhnya dengan prinsip demokrasi atau pilihanraya umum. Komen seperti ini ia keluarkan sebagai tanggapan atas penunjuk perasaan yang memprotes keputusan pilihanraya lalu, di mana Ahmadinejad terpilih kembali sebagai Presiden Iran untuk yang kedua kalinya.

Wilayat al-Faqih adalah sistem politik Syi'ah yang diterapkan di Iran sejak revolusi Iran pada tahun 1979 oleh Ayatollah Ruhullah Khameini. Dari sistem ini adanya suatu kewajipan bagi para fuqaha (ulama) untuk mendirikan negara di masa Ghaibah al-Kubra , iaitu masa ketiadaan imam Syiah yang ke-12 sejak tahun 329H sampai sekarang. Jadi, sebenarnya pemegang kuasa tertinggi di Iran bukanlah pada presiden, melainkan pada Wilayah al-Faqih yang dipegang oleh seorang ulama yang dianggap sudah mencapai pada darjah tersebut.

* Kalau orang Syiah yang menolak Wilayah al-Faqih pun dianggap murtad, tak taulah bagaimana pula bagi kita yang Sunni ini yang semestinya menolak segala bid'ah rekaan Syiah itu.
Read more >>

Jumaat, 4 Mac 2011

Kenapa Presiden SBY takut Ahmadiyah@Qadiyani?

Mirza Ghulam Ahmad, nabi kaum Ahmadiyah pernah memberi ancaman kepada orang-orang yang menentang dan tidak mengimaninya sebagai nabi, utusan Allah. Tahun 1993, Jemaah Ahmadiyah Cabang Bandung, menerbitkan sebuah buku berjudul " Memperbaiki Suatu Kesalahan "(Eik Ghalthi Ka Izalah), karya asli Mirza Ghulam Ahmad yang dialihbahasakan oleh HS Yahya Pontoh.

Di dalam buku ini, Mirza Ghulam Ahmad (MGA) menegaskan:

"Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang telah mengutusku - dan bersumpah dusta atas nama-Nya adalah suatu perbuatan yang terkutuk - bahawa Dia lah Yang telah menjadikan dan mengutus aku sebagai Masih Mau'ud. Sebagaimana aku yakin dan percaya kepada segala ayat Al-Quran Suci, begitu pulalah dengan tidak membezakan sedikit jua pun, aku yakin dan percaya kepada wahyu-wahyu Allah Taala yang terang-benderang yang telah diwahyukan kepadaku, yang cukup jelas kepadaku kebenarannya yang dengan perantaraan tanda-tanda-Nya yang mutawatir.

Dengan berdiri di sisi Baitullah aku bersumpah, bahawa wahyu-wahyu suci diturunkan kepadaku adalah semuanya firman Tuhan yang dahulu pernah menurunkan wahyu-wahyu-Nya kepada Nabi Musa as, Nabi Isa as dan kepada yang mulia Muhammad Musthafa saw. Bumi juga telah menjadi saksi bagiku, demikian pun langit. Bahkan langit mengatakan bahawa aku ini Khalifatullah, demikian juga bumi, tetapi sebagai telah dikatakan dalam khabar-khabar ghaib, aku tentu akan ditolak oleh manusia. Orang-orang yang hatinya tertutup tentu tidak akan menerima aku.

Tetapi aku tahu dan yakin, bahawa Allah Taala sesungguhnya akan menolong aku, sebagaimana dahulu kala Dia menolong Rasul-Rasul-Nya. Seorang pun tiada yang akan dapat melawan aku, sebab pertolongan Allah tiada bersama mereka. "(Hal. 13-14).

Semaklah kata-kata MGA yang begitu tegas: "Seorang pun tiada yang akan dapat melawan aku, sebab pertolongan Allah tiada bersama mereka."

Jadi, katanya, tidak yang akan dapat melawan Mirza Ghulam Ahmad! Orang yang menolak tuntutan "kenabiannya" dia katakan hanya kerana kebodohan saja. "Jika ada orang yang marah, kerana wahyu kepadaku ada yang menerangkan bahawa aku ini nabi dan Rasul, maka dalam hal ini menunjukkan kebodohannya sendiri." (Hal. 15).

Untuk meyakinkan orang lain, bahawa MGA adalah "nabi", kaum Ahmadiyah mahupun MGA sendiri, berulangkali menyebarkan ancaman, bahawa sesiapa yang tidak beriman kepada MGA, orang itu akan binasa, celaka, tidak selamat, dan sebagainya.

Tahun 1989, Yayasan Wisma Damai - sebuah penerbit buku Ahmadiyah-menterjemah buku berjudul Da'watul Amir: Surat Kepada Kebenaran, karya Hazrat Mirza Bashiruddin Mahmud Ahmad ra oleh pengikut Ahmadiyah, penulis buku ini diimani sebagai Khalifah Masih II / Imam Jemaat Ahmadiyah (1914 - 1965).

Buku ini juga mengancam sesiapa sahaja yang tidak mahu iman pada MGA dan memilih berada di luar Ahmadiyah:

"Kami sungguh mengharapkan kepada anda agar tidak menangguh-nangguh waktu lagi untuk menerima dengan baik utusan Allah Ta'ala yang datang bagi menzahirkan kebenaran Rasulullah saw. Sebab, menyambut baik kehendak Allah Taala dan beramal sesuai dengan rencana-Nya merupakan wahana untuk memperoleh banyak keberkatan. Sebaliknya, menentang kehendak-Nya sekali-kali tidak akan mendatangkan keberkatan. "(Hal. 372).

Juga ditegaskan: "Kami dengan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa orang tidak dapat menjumpai Allah Ta'ala di luar Ahmadiyah." (Hal. 377).

Orang yang menolak kenabian MGA pun dicap sebagai musuh Islam: "Jadi, sesudah Masih Mau'ud turun, orang yang tidak beriman kepada beliau akan berada di luar lindungan Allah Ta'ala. Sesiapa yang menjadi penghalang di jalan Masih Mau'ud as, ia sebenarnya musuh Islam dan ia tidak menginginkan adanya Islam. "(Hal. 374).

Untuk menyokong tuntutan kenabiannya, MGA menggunakan pelbagai cara, termasuk mengaku menerima wahyu yang bunyi lafaznya sama persis dengan lafaz ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. Contohnya, dalam buku Eik Ghalthi Ka Izalah, MGA mengaku mendapat wahyu yang bunyinya: " Muhammadur Rasuulullah, walladziina ma'ahuu asyiddaa'u 'alal kuffari ruhamaa'u bainahum. " ("Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mukmin .... ".)

Menurut MGA, ayat al-Quran itu didakwa sebagai wahyu yang juga diturunkan kepadanya. Beliau menulis, dalam buku yang ditulisnya tahun 1901 tersebut: "Dalam wahyu ini Allah swt menyebutkan namaku" Muhammad "dan" Rasul ". (Hal. 5).

Bahkan, MGA juga mengaku pernah mendapat wahyu yang bunyinya: " huwalladzii arsala Rasuulahuu bil-hudaa wa diinil haq liyudzhirahuu 'alad-diini kullihi. " Kumpulan wahyu ini dikumpulkan dalam buku Barahin Ahmadiyah. MGA menulis dalam buku tersebut: "Di dalam wahyu ini nyata benar, bahawa aku dipanggil dengan nama Rasul." (Hal. 4).

Dalam buku Da'watul Amir, Ahmadiyah menceritakan nasib beberapa tokoh termasuk Ketua Negara yang cuba menghalang-halangi dan menghancurkan Ahmadiyah. Kepada Ketua Negara, diseru untuk masuk ke Jamaat Ahmadiyah:

"Jadi, tinggal di luar jemaah yang ditubuhkan oleh Allah Ta'ala merupakan keadaan yang sangat menakutkan, maka teristimewa pula para raja yang kepada mereka dipikulkan dua macam tanggung jawab, yakni, pertama mengenai diri mereka sendiri, dan kedua mengenai rakyat mereka ... Oleh kerana itu, andaikata anda seorang pemimpin hendaklah anda meniadakan rintangan yang menjadi halangan untuk masyarakat menerima kebenaran, agar dosa mereka tidak ditimpakan kepada anda. "

Menurut Ahmadiyah, jika para pemimpin tidak mahu mengimani kenabian MGA, maka mereka akan berdosa dan menanggung dosa rakyatnya, sebagaimana isi surat Nabi Muhammad saw kepada Maharaja Rom: "Apabila anda menolak, maka dosa-dosa rakyat pun akan dipikulkan atas peribadi anda."

Membaca buku-buku dan tulisan-tulisan MGA serta pengikutnya, nampak jelas, bahawa yang dilakukan Ahmadiyah sebenarnya sudah memenuhi unsur penodaan agama sebagaimana terkandung dalam UU No. 1/PNPS/1965. Perkara 1 undang-undang ini menyatakan: "setiap orang dilarang dengan sengaja di muka umum, menceritakan, menganjurkan atau mengusahakan sokongan umum untuk melakukan penafsiran tentang suatu agama yang dianut di Indonesia atau melakukan kegiatan-kegiatan keagamaan yang menyerupai kegiatan-kegiatan keagamaan dari agama itu penafsiran dan kegiatan mana menyimpang dari pokok-pokok ajaran agama itu. "

Kita hanya menunggu ketegasan kerajaan untuk menegakkan undang-undang sebagaimana yang ditetapkan dalam Undang-Undang No 1/PNPS/1965. Lantaran muncul pertanyaan, jika kerajaan berani bertindak dengan tegas - sesuai undang-undang - nabi-nabi palsu dan pengikutnya seperti Lie Eden dan Ahmad Mosadeq, kenapa sikap dan dasar yang sama tidak digunakan untuk kumpulan pengikut Nabi asal India ini?

Dalam tulisannya di Jurnal Islamia-Republika, (17/2/2011), Dr. Anis Malik Thoha memaparkan sejarah konflik Islam-Ahmadiyah di India-Pakistan, sehingga akhirnya pada tahun 1974 Ahmadiyah ditetapkan sebagai kumpulan minoriti non-Muslim, sebagaimana ditetapkan dalam Perlembagaan Pakistan: " non-Muslim "means a person who is not a Muslim and includes a person belonging to the Christian, Hindu, Sikh, Buddhist or Parsi community, a person of the Quadiani Group or the Lahori Group who call themselves 'Ahmadis' or by any other name or a Bahai, and a person belonging to any of the Scheduled Castes .

Ini paparan Dr. Anis tentang sejarah kelompok Ahmadiyah dan respon umat Islam di India dan Pakiatan:

Sejak Mirza Ghulam Ahmad (1840-1908) menyebarkan ajarannya di India, hubungan umat Islam dan pengikut Ahmadiyah selalu diwarnai ketegangan. Bahkan, beberapa kali berlaku pertumpahan darah. Ahmadiyah, ibarat duri dan "fitnah" yang seperti sengaja ditanamkan dan dipelihara oleh pihak-pihak tertentu.

Menyedari dahsyatnya "fitnah" ini, para pemimpin dan tokoh Islam India telah lama cuba sekuat tenaga, baik dengan pena mahupun lisan, untuk menentangnya. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Husein al-Battalawi, Maulana Muhammad Ali al-Monkiri (pengasas Nadwatul Ulama India), Syeikh Thana'ullah al-Amritsari, Syeikh Anwar Shah al-Kashmiri, dan Seyyed Ata'ullah al-Bukhari al-Amritsari. Tidak ketinggalan juga ahli falsafah dan penyair Muhammad Iqbal.

Tahun 1916, para ulama sudah mengeluarkan fatwa tentang "kekafiran kaum Ahmadiyah / Qadiyaniyyah". Seluruh ulama, secara ijma 'dalam fatwa ini menyatakan bahawa pengikut Ahmadiyah / Qadiyaniyyah adalah kafir dan keluar dari agama Islam. Pada tahun 1926, pejabat Ahlul Hadits di Amritsar juga mengeluarkan fatwa serupa dengan judul "Batalnya Nikah Dua Orang Mirzais" yang ditandatangani oleh ulama aliran / mazhab / kelompok / markazIslam di seluruh anak benua India (lihat: Mawqif al-Ummah al-Islamiyyah min al -Qadiyaniyyah. Multan: Majlis Tahaffuz Khatm al-Nubuwwah. 76-7).

Adapun Muhammad Iqbal, melalui goresan penanya menyeru kerajaan penjajah Inggeris di India untuk segera menghentikan "fitnah" ini dengan mendengar dan mengabulkan tuntutan-tuntutan kaum Muslimin India dalam kaitannya dengan gerakan dan / atau ajaran Ahmadiyah. Dalam salah satu risalahnya yang dihantar ke akhbar harian berbahasa Inggeris yang terbesar di India, Statesman, edisi 10 Jun 1935, dia menyatakan: "Ahmadiyyah / Qadiyaniyyah adalah usaha sistematik untuk mendirikan golongan baru di atas dasar kenabian yang menandingi kenabian Muhammad (saw)."

Iqbal juga meminta kerajaan kolonial Inggeris bertanggungjawab atas kejadian "fitnah" ini seraya memberi amaran jika kerajaan tidak memperhatikan keadaan ini dan tidak menghargai perasaan kaum Muslimin dan dunia Islam, tapi malah membiarkan "fitnah" berleluasa, maka umat Islam yang merasa kesatuannya terancam mungkin akan terpaksa menggunakan kekuatan untuk membela diri (Mawqif, 88-9).

Namun sekali lagi, seruan para ulama itu diabaikan kerajaan Pakistan. Umat Islam pun tak pernah surut dalam menentang Ahmadiyah. Suasana panas mencapai kemuncaknya selepas sekumpulan pengikut Ahmadiyah menyerang pelajar sekolah negeri di atas kereta api yang melalui terminal Rabwah, kota suci kaum Ahmadiyyah, dalam perjalanan mereka untuk bercuti musim panas.

Peristiwa ini mengusik kesabaran umat Islam. Pada gilirannya umat Islam memaksa kerajaan untuk mengangkat masalah Ahmadiyah ini ke Majlis Nasional dan Dewan Perwakilan Rakyat. Maka dipanggillah Mirza Nasir Ahmad, pemegang pucuk pimpinan Ahmadiyah pada waktu itu (yang adalah cucu Mirza Ghulam Ahmad). Para ulama pun sudah berjaya menyusun dokumen yang menjelaskan sikap umat Islam terhadap Qadiyaniyah untuk diajukan ke persidangan Majlis Nasional, yang kemudian dibukukan dengan judul Mawqifal-Ummah al-Islamiyyah min al-Qadiyaniyyah (Sikap Umat Islam Terhadap Qadiyaniyyah).

Setelah mendengar keterangan dan sikap dari kedua-dua pihak, Majlis Nasional pada 7 September 1974 memutuskan secara bulat untuk menerima dan menyetujui tuntutan-tuntutan umat Islam berkaitan dengan Ahmadiyah. Keputusan ini disambut dengan suka-ria oleh umat Islam seluruh Pakistan. Tarikh 7 September 1974 dianggap sebagai hari kemenangan bersejarah bagi umat Islam. Umat Islam hanya menuntut hak-hak dasar mereka yang telah dirampas oleh pihak lain, dan tidak rela agama yang suci ini dikotori oleh sesiapa pun.

Demikian paparan Dr. Anis Malik Thoha, penyelidik INSISTS dan pakar perbandingan agama dari International Islamic University Malaysia .

Berkaca dari kes di Pakistan itu, sayogianya pemerintah Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dapat mengambil pelajaran. Bukan polisi yang bijak untuk membiarkan satu kelompok yang jelas-jelas menodai agama Islam tetap wujud secara organisasi di Indonesia. Tentu Pak SBY tidak rela jika ada orang yang mengaku-aku sebagai utusan Presiden RI berkeliaran menjalankan aktivitinya. Logik kita bertanya: Apakah Allah akan redha jika Pak SBY membiarkan orang-orang yang mengaku sebagai utusan Allah berlaku semena-mena melecehkan agama Allah?

Kita tentu tidak percaya bahawa Pak SBY yang seorang Muslim dan jeneral takut dengan gertakan sang nabi palsu Mirza Ghulam Ahmad!

Tulisan : Dr. Adian Husaini.
Read more >>

Selasa, 1 Mac 2011

Ikhwan teroris? Persepsi siapa?

Pencacai Islamophobia sering mempopularkan slogan bahawa "tidak semua muslim adalah pengganas, tetapi (hampir) semua pengganas adalah Muslim." Sesungguhnya idea ini sangat dangkal dan tidak faktual.

Dalam catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di kawasan-kawasan AS antara 1980-2005 dilakukan oleh pelampau Islam. Bakinya 94% berasal dari kumpulan-kumpulan lain (42% dari Latin, 24% dari kumpulan sayap kiri ekstrim, 7% dari pelampau Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% daripada pelbagai kumpulan lain).

Data yang dikumpul oleh Europol lebih meyakinkan bahawa terpesongnya fakta pejuang Islamophobia. Europol menerbitkan laporan tahunan berkenaan keganasan di negara-negara Kesatuan Eropah dan Laporan Trend. Pada website rasmi mereka, kita boleh mengakses laporan pada 2007, 2008, dan 2009.

Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Bahkan, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan non-Muslim dan 84.8% berasal dari kumpulan pemisah yang sama sekali tidak berkaitan dengan Islam.

Ertinya, hanya terdapat kes-kes tertentu sahaja yang melibatkan Muslim, itupun kerana alasan tertentu misalnya kerana penindasan, dan jumlahnya hanya 0,4%.

Jadi bagaimana mungkin, seorang Muslim atau sebuah organisasi Muslim yang terkenal dengan sifat moderatnya begitu mudah boleh dikaitkan dengan pengganas? Setujukah jika penulis katakan ini semua adalah mainan Barat untuk merosakkan nama baik agama dan umat Islam.

Kesimpulannya, amat elok dan cantik sekali, jika pemimpin Islam menyeru supaya pemimpin dan umat Barat lah yang sepatutnya membetulkan persepsi mereka terhadap agama Islam dan umat Islam. BUKAN agama atau umat Islam yang perlu memperbetulkan persepsi mereka pada kaca mata Barat supaya tidak dituduh teroris.

Isunya bukan yang kena tuduh, tetapi yang menuduh. Yang menuduhlah yang membentuk persepsi. Bukan gitu?

Wallahu a'lam.
Read more >>

Himpunan Artikel