Salah seorang tokoh Syiah Iran, Muhammad Taqi Misbah Yazdi menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari Wilayah al-Faqih secara sengaja, maka ia dianggap murtad. Kenyataan ini disampaikannya pada Isni pada 14 Jun 2010 ketika pertemuan para pemimpin Tertinggi Revolusi Iran, dalam rangka menguatkan sokongan terhadap Pemimpin Agung Ali Khameini. Demikian disebarkan oleh Islammemo.cc.
Menurut tokoh yang dikenali sebagai pembimbing spiritual Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad ini, Wilayah al-Faqih mempunyai legitimasi khusus dalam syari'ah, sebagai pengganti dari Imam Dua Belas menurut kepercayaan Syiah.
Wilayah al-Faqih juga adalah dewan elit para agamawan yang menduduki kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayah al-Faqih dipegang oleh Ayatullah Ali Khemenei.
Dia menambah bahawa suara pengundi dalam pilihanraya umum tidak mempengaruhi pembentukan kerajaan Iran. Ia menunjukkan, pengasas rejim Khomeini tidak percaya sepenuhnya dengan prinsip demokrasi atau pilihanraya umum. Komen seperti ini ia keluarkan sebagai tanggapan atas penunjuk perasaan yang memprotes keputusan pilihanraya lalu, di mana Ahmadinejad terpilih kembali sebagai Presiden Iran untuk yang kedua kalinya.
Wilayat al-Faqih adalah sistem politik Syi'ah yang diterapkan di Iran sejak revolusi Iran pada tahun 1979 oleh Ayatollah Ruhullah Khameini. Dari sistem ini adanya suatu kewajipan bagi para fuqaha (ulama) untuk mendirikan negara di masa Ghaibah al-Kubra , iaitu masa ketiadaan imam Syiah yang ke-12 sejak tahun 329H sampai sekarang. Jadi, sebenarnya pemegang kuasa tertinggi di Iran bukanlah pada presiden, melainkan pada Wilayah al-Faqih yang dipegang oleh seorang ulama yang dianggap sudah mencapai pada darjah tersebut.
* Kalau orang Syiah yang menolak Wilayah al-Faqih pun dianggap murtad, tak taulah bagaimana pula bagi kita yang Sunni ini yang semestinya menolak segala bid'ah rekaan Syiah itu.