Jumaat, 29 Januari 2010

ADAKAH PENGANUT KRISTIAN SUDAH TAK MENGENAL KEPERCAYAAN SENDIRI?

Alhamdulillah, pada Khamis lalu (28 Jan 2010), JAKIM telah berjaya mengadakan Wacana Penggunaan Lafaz Allah bertempat di Auditorium D8 Kompleks D, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh KP JAKIM dan ucaptama telah disampaikan oleh tuan guru penulis Dr. Zulkifli Muhammad al-Bakri. Penulis pula dijemput bersama dua orang lagi sebagai panel pembentang kertas kerja. Penulis membentang kertas bertajuk 'Implikasi Penggunaan Lafaz Allah Bukan Islam Terhadap Pemikiran Umat Islam di Malaysia'. Us. Zamihan pula membentangkan kertas bertajuk 'Hikmah di Sebalik Isu Kalimah Allah: Satu Analisa. Manakala Tuan Haji Mahamad Nasir Disa pula bercakap Isu Penggunaan Kalimah Allah dari aspek perundangan.
Apa yg penulis kesalkan adalah apabila penulis terbaca komen seorang penganut Kristian dalam blog Malaysian Insider yang menyebut kononnya penulis tersilap dalam mengemukakan fakta berkenaan doktrin Kristian. Dia mendakwa kononnya semenjak dia membesar dalam agama Kristian, agamanya tidak pernah mengajar bahawa Jesus Christ adalah tuhan! Penulis kurang pasti apakah mazhab anutan pemberi komen ini? Protestan atau Katolik. Yg pasti mustahil bukan daripada kedua-duanya kerana kedua-dua mazhab ini berpegang kpd the divinity of Jesus. Tetapi kemungkinan dia adalah seorang 'unitarian'. Untuk menjawab tuduhan ini, penulis perturunkan bandingan antara Tuhan dan Jesus menurut 'The Authorized King James Bible of 1611'...Penulis boleh nilai, ada beza atau tidak antara Jesus dan Tuhan? Jika tiada beza bermakna Jesus itu adalah Tuhan dan penulis tersebut tak perlu menyembunyikan doktrin agamanya.

Adapun, jika penulis komen itu adalah seorang unitarian, penulis ingin tegaskan konsep kefahaman unitarian tidak jauh bezanya dengan trinitarian bagi penganut agama Islam seperti penulis. Di sini penulis perturunkan doktrin sebenar penganut unitarian tentang Jesus dan hubungannya dengan Tuhan. Menurut Rev. Samuel J. May:

"All Unitarians believe that Jesus was one with God, -- in a spiritual sense; the sense in which he prayed (John xvii. 21-23) that all who shall be brought to believe on him might become one with him and the Father. We believe he was wholly devoted to God, was led always by his Holy Spirit, and had no desire but to do his will. We all believe that Jesus was not a self-existent, but a created being, dependent upon and accountable to the one Supreme, whom he often addressed as his Father and his God". (http://www-distance.syr.edu/sammaybelieve.html)

Dalam Islam, faham yang seumpama ini dianggap menyamakan sifat manusia dengan sifat tuhan. Ia termasuk dalam bab 'wahdatul wujud' iaitu apabila unitarian masih menganggap Jesus sebagai anak tuhan sekaligus memberi makna Jesus adalah sebahagian dr zat tuhan itu sendiri, 'hulul' iaitu menganggap tuhan menempat dalam diri manusia atau 'ittihad' iaitu tuhan boleh bersatu dengan manusia. Malah teori son of god langsung tidak tergugat dalam doktrin unitarian. Oleh kerana itu, ketika membentang kertas tersebut, penulis tegaskan penganut 'unitarian' juga pada hakikat menganggap tuhan itu Jesus dan Jesus itu tuhan dlm konteks penulis memahaminya menurut kaca mata Islam.  

Wallahu a'lam.
Read more >>