Jumaat, 17 Disember 2010

BANTERAS SYIAH HABIS-HABISAN

Alhamdulillah, segala kesyukuran dirafa’kan kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas tindakan mereka memberkas pengikut-pengikut Syiah di Hauzah ar-Ridha, Sri Gombak. Penulis berdoa supaya ia dijadikan ‘turning point’ bagi pihak berkuasa agama negeri-negeri lain bertindak ke atas ajaran Syiah. Penulis sendiri tidak pasti sudah berapa banyak mesyuarat dan taklimat yang diberi berkenaan keperluan membanteras ajaran Syiah di peringkat kebangsaan dan negeri. Malah seingat penulis makluman berkenaan bahaya Syiah telah pun disampaikan hingga ke pengetahuan YAB Perdana Menteri dalam satu taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun, pihak berkuasa agama negeri tidak boleh merasa lega dan berlepas tangan kerana kuasa sebenar masih berada dalam tangan negeri. Tidak dinafikan dalam era ‘human right’ ini, memang sukar bagi menteri dalam negeri menggunakan kuasa vetonya untuk meng ISA kan pengikut ajaran sesat. Tapi ini tidak pernah sekali-kali menghalang negeri supaya bertindak kerana agama adalah di bawah bidangkuasa sultan yang telahpun memperturunkan kuasanya kepada majlis dan jabatan agama negeri.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua blogger dan rakan-rakan yang banyak memberi maklumat berkenaan dengan ajaran sesat termasuk Syiah kepada penulis. Memang kebanyakan emel itu tidak sempat dibalas tetapi segala maklumat diberikan direkod dan diambil tindakan mengikut saluran-salurannya. Oleh itu, bersabarlah. InsyaAllah, kita perkukuhkan lagi usaha bersepadu bagi membanteras Syiah. Wallahu a’lam.
Read more >>