Bila terbaca laporan di atas, penulis amat bimbang sekali memikirkan kesannya terhadap generasi baru umat Islam terutamanya kalangan remaja yang semakin ramai tergila-gilakan golongan artis dengan menjadikan mereka sebagai IDOLA dan PEDOMAN mereka dalam kehidupan harian.
Bayangkan dengan sepatah kata dan perbuatan artis tersebut, yang tersebar meluas di media massa arus perdana dan tabloid...wajahnya pula sering terpapar di kaca televisyen kerajaan dan swasta, jutaan remaja yang rapuh pegangan agama hanya akan mengangguk dan mengiyakan sahaja. Ye lah, apa salahnya, dia sekadar mahu mencari makan. Agama jangan sekali-kali dicampuradukkan dengan soal kerjaya. Nanti segala-galanya akan tergendala. Tuhan lebih mengetahui IMAN DI DADA ARTIS tersebut!!!
Ini lah gejala pemikiran sekular dan liberal Barat yang semakin parah menjadi ikutan golongan artis di negara kita. Hanya kerana mahu mencari makan, syariat dipergadaikan. Teori 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' telah menjadi tradisi sebahagian besar mereka. NIAT IKHLAS dan BERSIKAP PROFESIONAL sering menjadi jawapan dan senjata utama bagi mempertahankan diri apabila mereka terjebak melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama dalam lakonan atau aktiviti seni mereka.
Ketahuilah wahai golongan artis, Allah SWT itu menetapkan sesuatu amalan itu diterima dengan dua prasyarat penting. Pertama, IKHLAS dan kedua MENURUT SYARIAT. Kalaulah hanya niat yang menjadi penilaian, tak perlu Allah SWT menurunkan syariat...biarkan segala-gala dengan niat...Kepada masyarakat di luar sana, pelihara diri kamu dan ahli keluargamu daripada api neraka...Jangan biarkan mereka terkeliru dengan kenyataan-kenyataan golongan JAHIL yang bertaburan dalam media bertebaran di sana sini...
Wallahu a'lam.