Rabu, 1 Jun 2011

Pas dan Umno tolak Syiah!

Alhamdulillah, semalam, dalam forum Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman anjuran Karangkraf, kedua-dua Ketua Pemuda parti Melayu Islam terbesar di Malaysia menegaskan bahawa menolak penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Malah Ketua Pemuda Umno menegaskan tidak akan menerima pengikut Syiah menjadi ahli Umno, begitu juga Ketua Pemuda Pas yang menegaskan hanya menerima pengikut Syiah jika bersetuju dengan dasar parti yang menjadikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai pegangan.

Ini bermakna, tanpa mengira sesiapa pun yang menjadi pemerintah di negara ini, sama ada Pas mahupun Umno, kedua-duanya menolak ajaran Syiah daripada bertapak di dalam negara. Ini satu ingatan buat puak Syiah jadian dan diplomat Iran supaya tidak perlu melobi mana-mana pihak dalam kedua-dua parti ini bagi mendapatkan 'lesen yang sah' untuk bertapak di negara ini.

Syiah memang tidak perlu dan tidak boleh wujud di Malaysia berdasarkan latarbelakang sejarah, perundangan, politik, budaya dan kemasyarakatan. Semoga kenyataan kedua-dua Ketua Pemuda Pas dan Umno itu benar, tidak hipokrit dan tidak bersifat politiking untuk memancing undi penganut Sunni.

Wallahu a'lam.

Himpunan Artikel