Rabu, 21 Oktober 2009

BERTUDUNG TAPI...

Sementara menunggu hujan berhenti selepas kuliah Maghrib malam tadi, penulis bersembang-sembang dengan 3-4 orang ahli jemaah. Macam-macam perkara dibincangkan termasuk hal berkenaan kedudukan terkini isu Kartika. Tapi itu tidak menjadi topik yang ingin ditulis di sini.

Apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah isu yang dilontarkan oleh salah seorang ahli jemaah. Menurutnya, beliau terbaca satu berita di sebelah negara Afrika yang mengatakan bahawa salah sebuah daerah di negara tersebut telah mengambil tindakan melarang kaum wanita di daerah tersebut daripada memakai bra. Tindakan itu dikatakan bagi mengelakkan tubuh wanita kelihatan seksi kerana pemakaian bra boleh menampakkan bentuk payudara mereka. Bagi penulis ia sememangnya satu kenyataan yang mengejutkan. Penulis menganggap ini satu kenyataan yang cuba diputarbelitkan oleh media Barat.

Bagaimana mungkin seorang wanita muslimah yang berpakaian menutup aurat mengikut kaedah yang memenuhi kehendak hukum syara', dikatakan 'seksi' hanya kerana 'under ware' mereka. Bukankah 'under ware' itu kedudukannya di dalam dan terselindung di sebalik pakaian luar. Tiada isu akan timbul kecuali 'under ware' yang sepatutnya menjadi pakaian yang teselindung sengaja dizahirkan seperti yang berlaku kebanyakannya pada hari ini. Lihat sahaja gambar-gambar ini!!



Kalau beginilah fesyen yang dipakai oleh kaum wanita Islam, ini bermakna benarlah kenyataan yang mengatakan mereka dilarang memakai bra tersebut. Lihat saja, gambar di tengah menunjukkan fesyen bra diluar sambil memakai tudung. Gambar kiri pula berkemban di luar sambil bertudung. Gambar kanan pula, bertudung tetapi berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat di dalam.

Apakah ini cara berpakaian yang dipakai oleh wanita-wanita Islam kita pada hari ini? Di sini..penulis perturunkan kaedah pemakaian yang bertepatan dengan hukum Islam...