Sepanjang kami berdialog dengan Syiah Melayu Jadian, muqaddimah puak Syiah tidak pernah lekang dengan hujah-hujah mengajak perpaduan. Pelbagai fakta dikemukakan, fatwa Syeikh Mahmud Syaltut, Amman Message 2005 dan lain-lain. Sedaya upaya Syiah akan cuba mengelak daripada membicarakan hal berkaitan doktrin sesat mereka.
Tanpa semena-mena keluar pula kenyataan media Tun Dr.
Mahathir bersama pihak Syiah yang dianjurkan oleh JUST World Movement. Saya
yakin, perkara ini berlaku kerana Tun M dan JUST secara tidak sedar telah
termakan dengan racun Syiah yang menyeru kepada perpaduan Sunni-Syiah. Inilah
satu-satunya cara yang ditawarkan oleh pihak Syiah jika Sunni ingin menghentikan
pertumpahan darah yang sedang berlaku antara kedua-dua belah pihak.
Berkenaan Tun M, saya sendiri cenderung untuk
mengatakan Tun M bukan di kalangan mereka yang pro-Syiah, apa lagi memperjuangkan
penyatuan Sunni dan Syiah. Malah, sebagai pegawai yang bertanggungjawab
berkenaan isu-isu aqidah, saya mengetahui dengan jelas kronologi Syiah di Malaysia. Apa yang telah Tun M
lakukan untuk menyekat kemaraan Syiah di Malaysia pada tahun 1997, selaku Menteri
Dalam Negeri tidak pernah saya lupakan.
Namun begitu, secara politiknya saya tidak pasti apa
strategi tersirat Tun M untuk mengeluarkan kenyataan bersama dengan bekas
pemimpin Syiah Iran, sedangkan amat dimaklumi bahawa Iran adalah pendukung kuat
rejim Basyar al-Asad dalam membantai dan menyembelih umat Islam Sunni di Syria.
Saya fikir adalah lebih baik Tun M menasihati rakan Syiahnya itu mengenai isu
Syria terlebih dahulu sebelum tergopoh gapah menandatangani kenyataan media
yang dikeluarkan itu.
Ketika mengamati dan menganalisa kenyataan media penuh
berjudul A JOINT APPEAL TO SUNNIS AND
SHIAS yang ditandatangani secara bersama oleh Tun M dan Khatami, saya sudah
dapat menghidu strategi licik puak Syiah. Seperti biasa isu penyatuan
Sunni-Syiah yang sudah lapuk kembali didendangkan. Kononnya inilah satu-satunya
jalan untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak yang didakwa saling bertelagah.
A Joint
Appeal to Sunnis and Shias
We, the
undersigned, are greatly saddened by the violence and bloodshed which have
characterised Sunni-Shia relations over time. Thousands have been killed in
feuds between the two, mostly in certain Muslim countries. It is tragic that
many innocent women and children have been among the victims.
Sunni-Shia
animosity and antagonism have clearly weakened the Muslim ummah. It has made us
more vulnerable to the manipulations and machinations of outside elements
determined to subvert the unity and integrity of the ummah. It has allowed those
who seek to establish their hegemonic power over us to succeed in their objectives.
It is
indisputable that Sunni-Shia antagonism and conflicts which have resulted in massacres
have tarnished the image and dignity of the ummah in the eyes of the world. Few
other occurences in recent times have had such a negative impact.
We appeal
to all Sunnis and Shias, bound as we are by the same faith in Allah, guided by
the same Noble Quran, honouring the same last Messenger of Allah, and facing
the same Kiblah, to desist from massacring and the killing one another
immediately.
NO MORE
VIOLENCE
NO MORE
BLOODSHED
NO MORE
KILLINGS
The two
of us – a former Prime Minister from a Sunni majority state, and a former President
from an overwhelmingly Shia nation – also address this appeal to the Organisation
of Islamic Cooperation (OIC) which represents all Muslims of whatever sect or
doctrine. The OIC could perhaps set up a task force that will examine the
Sunni- Shia divide in depth and submit concrete proposals for the political and
religious leaders of the ummah to act upon.
We also
appeal to sincere, concerned individuals and civil society groups from all over
the world to join in this endeavour to stop the violence and bloodshed and to
promote peace and understanding between Sunnis and Shias.
This
joint appeal will be widely circulated mainly through the online media. We shall
follow up on this appeal with other activities and programmes.
May Allah
Subhanahuwataala guide us in all our humble efforts to serve Him.
Terjemahan (yang dikeluarkan
oleh web Syiah Iran bahasa Indon)
Kami yang
menandatangani di bawah, amat sedih dengan keganasan dan pertumpahan darah yang
telah disifatkan sebagai hubungan Sunni dan Syiah dari masa ke semasa.
Beribu-ribu telah terbunuh dalam perbalahan antara kedua-duanya dalam beberapa
negara-negara Islam. Sungguh tragik apabila ramai wanita dan kanak-kanak telah
menjadi mangsa.
Perseteruan
Sunni-Syiah dan pertentangan telah jelas melemahkan umat Islam. Ia telah
menjadikan kita lebih terdedah kepada manipulasi dan elemen komplot asing yang
berazam untuk menggulingkan perpaduan dan keutuhan ummah. Ia menyebabkan mereka
yang berusaha untuk menubuhkah kuasa hegemoni ke atas kita telah berjaya dalam
objektif mereka.
Tidak
dapat dinafikan bahawa percanggahan dan konflik Sunni-Sunni telah menyebabkan
pembunuhan beramai-ramai, yang telah mencalarkan imej dan maruah umat Islam di
mata dunia. Beberapa kejadian kebelangan ini mempunyai impak negatif itu.
Kami
merayu kepada semua Sunni dan Syiah, bersatupadu sebagaimana kita mempunyai
iman yang sama kepada Allah, menelusuri pedoman dengan al-Quran yang sama,
menghormati Rasul terakhir, sama-sama menghadap ke arah kiblat yang sama demi
untuk berhenti dari pembunuhan besar-besaran dan saling memerangi antara satu
sama lain.
Tiada
lagi keganasan
Tiada
lagi pertumpahan darah
Tiada
lagi pembunuhan
Kedua-dua
kami (Bekas Perdana Menteri dari negara majoriti Sunni, dan juga mantan
Presiden negara majoriti Syiah) turut mengajukan rayuan ini kepada Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili seluruh muslim walau apa jua mazhab dan
doktrin. OIC mungkin boleh menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji perpecahan
Sunni - Syiah secara mendalam dan mengemukakan cadangan konkrit untuk para
pemimpin politik dan pemimpin agama umat Islam bagi tindakan ke atasnya.
Kami juga
meminta dengan ikhlas, individu berkenaan dan kumpulan masyarakat awam dari
seluruh dunia untuk menyertai kami dalam usaha ini demi menghentikan
kegasanasan dan pertumpahan darah, di samping mempromosi keamanan dan
persefahaman antara Sunni dan Syiah.
Rayuan
bersama ini akan dikembangkan secara meluas terutama dalam media talian kami.
Kami akan ikuti perkembangan susulan rayuan ini dengan aktiviti dan program
yang lain.
Semoga
Allah membimbing kita dalam semua usaha untuk berkhidmat kepada-Nya.
Berdasarkan kenyataan ini, tiga
poin penting yang dicadangkan untuk menghentikan pembunuhan sesama Sunni dan
Syiah adalah:
- Sunni dan Syiah perlu bersatu kerana tuhan mereka sama, al-Qur’an mereka sama, Nabi mereka sama dan kiblat yang sama;
- Menubuhkan pasukan petugas mengkaji perpecahan Sunni dan Syiah secara mendalam;
- Mempromosikan keamanan dan persefahaman antara Sunni dan Syiah.
Saya dapati tiada langsung
perkara baru yang dinyatakan dalam kenyataan media ini kecuali hanyalah ulangan
terhadap slogan-slogan yang pernah dicanangkan sebelum ini. Namun, belum pun 24
jam kenyataan ini dikeluarkan, sekumpulan Syiah Malaysia yang menggelarkan diri
mereka sebagai Assajjad Movement telah pun menolak mentah-mentah rayuan yang
dilontarkan dengan alasan tiada keikhlasan dan menuntut sesuatu yang LEBIH
DARIPADA ITU. Antaranya, mereka mengungkit perkara berikut:
1. Di Malaysia penganut ajaran Syiah sering diancam dengan
penahanan tanpa bicara di bawah Internal Security Act. Sebagai contoh, Abdullah
Hassan, salah seorang pengikut Syiah Imamiyyah ditahan tanpa bicara di bawah
ISA (Internal Security Act) antara 2 Oktober 1997 sehingga 31 Disember 1999.
Beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
pada tahun 2001 di mana empat Pesuruhjaya Suhakam pada waktu itu; iaitu Harun
Hashim, Zainah Anwar, Mehrun Siraj dan Hamdan Adnan menerima laporan beliau.
Laporan Abdullah Hassan kepada Suhakam dilakukan berikutan Malaysia menahan
enam lagi pengikut Syiah di bawah ISA antara 20 Oktober 2000 sehingga 5 Januari
2001. Zainah Anwar selaku Pesuruhjaya Suhakam berjanji untuk menghubungi
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri memandangkan penahanan
ahli masyarakat atas alasan kepercayaan dan agama adalah, meminjam ungkapan
Zainah, “clear violation of Article 11 of the Federal Constitution which
guarantees freedom of religion”. Sejak tahun 2001 sehingga hujung 2012 tiada
perkembangan sihat berlaku yang memihak kepada minoriti Syiah di Malaysia.
2. Pemomokan terhadap penganut Syiah berlaku secara meluas dan
sedar, serta lebih menggusarkan dilakukan oleh pihak berwajib sendiri. Jabatan
Hal Ehwal Agama Terengganu sebagai contoh mengarah masjid-masjid di Trengganu
membaca khutbah Jumaat anti Syiah pada 23 September 2011. Hal yang sama terjadi
di Selangor, sebagai rekod; khutbah Jumaat bertarikh 6 April 2012 menyeru umat
Islam menghindari Syiah. Khutbah berjudul “Penyelewengan Syiah Di Malaysia”
tersebut menyatakan, antara lain “Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada
di tangan kita pada hari ini”. Khutbah ini adalah satu bentuk pemomokan yang
jahat, memandangkan dalam masa yang sama, harus diingat seramai sepuluh orang
qari bermazhab Syiah dari Iran dan Iraq telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran
Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sejak tahun
1961.
3. Pemomokan terhadap masyarakat Syiah bahkan didokongi media
secara besar-besaran. Radio Televisyen Malaysia (RTM), media milik pemerintah
pada 9 dan 16 Februari 2012, di stesen TV1 menyiarkan rancangan berjudul
“Mazhab atau Agama” bertujuan memomokkan penganut Syiah. Juga, pada 4 Oktober
2012 saluran Bernama TV Saluran 502, dalam rancangan Hello Malaysia, media ini
memburuk-burukkan fahaman dan penganut Syiah. Selain media elektronik, media
cetak turut melakukan pemomokan seperti yang dapat dibaca di Utusan Malaysia
bertarikh 17 Disember 2010 dengan judul “Markas Syiah Diserbu” atau Berita
Harian bertarikh 28 April 2011 dengan judul “JAIS Pantau Syiah di Selangor”.
Di akhir tulisannya, kumpulan Syiah tersebut mengatakan dengan
jelas kenyataan berikut:
“Sekiranya Dr Mahathir benar-benar
ikhlas dalam rayuan beliau ini, sebagai negarawan yang dikatakan berpengaruh
beliau hendaklah menyarankan kepada kerajaan supaya menarik balik fatwa
daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Mei 1996 yang memutuskan
ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan penyebaran apa-apa
ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamah adalah dilarang di negara ini.
Hanya dengan itulah keikhlasan beliau tidak dapat diragui lagi”.
Kesimpulannya, saya
fikir kita tidak perlu menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu yang sia-sia
dan hanya menguntungkan puak Syiah. Apa yang patut dilakukan oleh Tun M atau
sesiapa sahaja yg prihatin dan punya nama adalah menyatukan seluruh saf kepimpinan
Ahli Sunnah Wal-Jemaah di dunia dalam mendepani Syiah. Saya tak fikir 211 juta penganut Syiah
berani berhadapan dengan 1.4 bilion penganut Sunni yang bersatu. Bukan sahaja membunuh, menyentuh pun tidak!