Klik sini untuk melihat video dusta Syiah |
Seperti biasa
Syiah dengan sifatnya yang gemar berbohong, mewarisi tabiat Abdullah bin Saba’
membuat tuduhan kononnya penulis tidak mengetahui bahawa Ahli Sunnah juga
menganggap imamah termasuk dalam perkara usuluddin. Mereka membawa tiga hujah berdasarkan kitab karangan Imam al-Baidhawi berjudul Minhaj al-Wusul ila
‘Ilm al-Usul, syarahnya karangan Imam al-Subki berjudul al-Ibhaj dan sebuah
kitab moden karangan Dr. Muhammad Abu al-Nur Zuhair berjudul Usul al-Fiqh.
Apabila meneliti
ketiga-tiga kitab ini, penulis hanya tersenyum. Benarlah kata Imam al-Syafi’e,
“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi dusta
daripada golongan (Syiah) Rafidhah”. (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan
al-Kubra)
Dari Minhaj al-Wusul (hal. sblm dr hal. yg dipaparkan dlm youtube) |
Lalu, dakwaan
Syiah ini dijawab bahawa yang pertama dan kedua (iqamah dan tasmiyah) itu
adalah perkara furu’, tiada kufur dan bid’ah dalam menyalahi kedua-duanya,
berlainan dengan imamah (di sisi Syiah kerana ia termasuk dalam perkara
usuluddin yang memerlukan nas yang mutawatir)
Ini menunjukkan
imamah di sini dirujuk dalam konteks Syiah yang menganggapnya usuluddin bukan
dalam konteks Sunni.
Dari al-Ibhaj, Imam al-Subki (hal. yg sebelum dr hal. yg dipaparkan diyoutube) |
Pembohongan yang
ketiga ialah, dalam paparan kitab Usul al-Fiqh karangan Dr. Zuhair, Syiah
memotong perbicangan yang awal sebaliknya hanya memaparkan separuh sahaja untuk
menggambarkan kononnya ungkapan “imamah daripada usuluddin” itu adalah kalam daripada
penulisnya sendiri iaitu Dr. Zuhair. Padahal apabila dibaca, jelaslah bahawa
itu adalah kalam yang dinukilkan oleh Ahli Sunnah bagi menjawab dakwaan Syiah
bahawa imamah termasuk dalam perkara usuluddin sedangkan tiada nukilan yang
mutawatir dalam hal berkenaan.
Dari kitab Usul al-Fiqh, Dr. Zuhair |
Ertinya, jika
puak Syiah ingin mengatakan kebenaran imamah Ali, Syiah perlu mendatangkan khabar yang mutawatir dan tidak memadai
dengan khabar ahad sahaja kerana ia termasuk dlm perkara usuluddin di sisi Syiah. Jika tidak ada, maka perkhabaran itu dianggap
bohong.
Kesimpulannya,
kitab yang dibawakan oleh Syiah ini adalah BACKFIRE kepada Syiah sendiri kerana
hujjah yang dibawa oleh Syiah itu sebenarnya adalah satu contoh yang dibawakan
oleh tuan pengarangnya untuk mengatakan bagaimana dakwaan imamah Ali yang
dianggap sebagai usuluddin oleh Syiah itu adalah suatu pembohongan kerana
ketiadaan perkhabaran yang mutawatir. Dengan kata lain, bagaimana perkara yang
melibatkan soal usuluddin boleh disabitkan tanpa perkhabaran yang mutawatir
seperti dakwaan Syiah terhadap imamah Ali?
Untuk makluman
puak Syiah Melayu jadian juga, para ulama Ahli Sunnah telah ijma’ dan
bersepakat bahawa soal imamah bukan termasuk dalam perkara prinsip aqidah
(usuluddin atau usul al-i’tiqad) tetapi urusannya termasuk dalam perbahasan fiqhiyyat. Adapun prinsip-prinsip aqidah ASWJ adalah amat jelas iaitu enam rukun iman atau dibahagikan kpd 3 iaitu ilahiyyat,
nubuwwat dan sam’iyyat. Wallahu a'lam.