Sabtu, 16 Januari 2010

KEADAAN MAKIN KUSUT???


Melihat perkembangan terbaru hari ini dan semalam, penulis boleh katakan keadaan menjadi semakin kusut dan bukan bertambah baik. Isu kalimah Allah ini sepatutnya ditangani tanpa memikirkan sebarang kepentingan terutamanya kepentingan politik. Kenyataan Dato' Seri Nazeri Aziz bagi penulis amat mengejutkan dan tak dapat diterima sama sekali, lebih-lebih lagi proses rayuan sedang dijalankan dan di sana terdapat satu lagi kes yang membabitkan Sidang Injil Borneo (SIB) yang menggunakan oleh Allah.


Selain ia memperlihatkan seolah-olah 'aqidah Islam itu boleh 'dikompromi' ia juga seolah-olah satu isyarat wujudnya dualisme dalam sistem perundangan bagi Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Apakah ini prinsip yang bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan atau ia sebenarnya atas dasar 'kepentingan politik'???


Apa pun penulis ucapkan tahniah kepada KP JAKIM yang telah memberi respons awal terhadap kenyataan Nazeri tersebut. Ia tidak mungkin berlaku dan sepatutnya hanya satu sistem yang standard digunapakai bagi seluruh rakyat negara ini. Penulis yakin apa yang lebih utama, KP JAKIM mahu supaya kepentingan Islam dan umat Islam terus dibela dan dipelihara di negara ini. Ia adalah menjangkaui apa jua kepentingan pihak-pihak tertentu termasuk kepentingan politik mereka!   


Dalam kekalutan ini juga, penulis agak terkejut apabila tibat-tiba TPM mengusulkan pula supaya satu Majlis Rundingan Antara Agama ditubuhkan. Penulis tidak pasti apa motif sebenarnya di sebaliknya cadangan ini? Apa pula agenda penubuhan majlis ini? Adakah ia sama dengan apa yang pernah dituntut oleh pihak tertentu pada 2001 yang lalu..IFC atau Interfaith Commission@Council? Sama kah ia? Wallahu a'lam...