Isnin, 27 Disember 2010

Siapa yang nak pakai Garis Panduan Kongsi Raya JAKIM?


Ini adalah kad jemputan utk pergi Rumah Trbuka Krismas 2010 milik Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negara Islam Malaysia (yang menjadi penganjur dan perancang utama). klik di sini.

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan betapa meriahnya sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka. Hebatnya majlis dirasmi dan dianjurkan oleh orang Islam iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Lebih hebat lagi dalam majlis itu ada pokok krismas, Santa Claus dan Santarina, kotak hadiah, snow man, dan banyak lagi. Malah lebih hebat lagi bila Dr Rais seterusnya mengumumkan peruntukan kerajaan persekutuan RM480,000 kepada Perkampungan Portugis itu bagi membaiki rumah ibadat di kawasan berkenaan.


Penulis tiada masalah cuma masalahnya apabila dalam masa yang sama Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam (klik di sini untuk lihat Garis Panduan penuh). Muzakarah antara lain telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;


1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.


Contohnya; i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya. ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama. Dan banyak lagi boleh dirujuk dengan klik gambar di atas.


Persoalannya, siapa yang nak pakai garis panduan ni?
Read more >>