Mungkin yang dimaksudkan dengan bertemu rakan itu juga adalah termasuk menghadiri ceramah undangan Kerajaan Negeri Selangor malam tadi. Sebagai orang yang mengagumi keilmuan dan kesarjanaan SQ, penulis berkejar ke Shah Alam untuk mendengar apakah amanat ilmu yang bakal disampaikan oleh SQ. Walaupun sebenarnya penulis baru sahaja sihat daripada demam, kepala masih terasa berat, tetapi kerana merasakan inilah peluang menimba ilmu walapun hanya berbentuk talaqqi sepintas lalu. Yelah, SQ hanya berada sebentar di negara ini.
Dalam suasana di dalam masjid yang penuh keberkatan, dimulai dengan solat Maghrib yang dipimpin oleh SQ dan ditutup dengan doa penuh semangat oleh Syeikh al-'Allamah dan solat Isyak...ditambah dengan kehadiran ribuan jama'ah tanpa jemu dan setia mendengar (sehingga penulis sukar dpt parking!), tidak dinafikan majlis pada malam tadi sangat berjaya walaupun ianya tidaklah kelihatan 'exclusive' dan 'grand' pada pandangan sesetengah orang!!
Bagi penulis, ketepikan unsur-unsur politik yang cuba dimasukkan atau dicucukkan oleh orang tertentu kepada SQ..tetapi ambil lah ilmunya yang masak ranum itu..ingatlah 'mujalasatul ulama' itu satu rahmat daripada Allah SWT..semoga dengan ketokohanam Maulana al-Syeikh, dua fahaman politik yang berbeza pun akan dapat disatukan jua...Wallahu a'lam...(Sila lihat site sebelah kiri 'ucapan al-Qaradawi' untuk download doa syeikh dan sedutan ucapan syeikh)